BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Dakwa Dicabul Bapa

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Anak dakwa dicabul bapa
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: April 12, 2013
BESUT - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dicabul bapa kandungnya ketika tidur di ruang tamu rumahnya di sebuah taman perumahan di sini, pada 3 April lalu.

Difahamkan dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa berumur 15 tahun sedang tidur di ruang tamu rumah dan terjaga dari tidur apabila mendapati bapanya sedang memegang payu daranya.

Mangsa yang terkejut terus memarahi bapanya menyebabkan suspek tidak meneruskan perbuatannya dan beredar dari situ.

Namun difahamkan, keinginan suspek tidak terhenti pada pagi itu sebaliknya dia mengulangi perbuatan sama sebanyak dua kali pada keesokan harinya.

Suspek dikatakan melakukan perbuatan kedua ketika mangsa ingin ke sekolah pada jam kira-kira 6.30 pagi dan kali ketiga apabila anaknya pulang dari sekolah kira-kira jam 3.30 petang hari yang sama.

Mangsa yang takut dengan perbuatan bapanya dikatakan berbincang dengan guru sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja tidak lama selepas itu.

Menyedari mangsa membuat polis dan bimbang ditangkap, suspek menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, suspek ditahan pada jam 2 petang, Selalu lalu untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
 
astaga bnyak sungguh kes mcm ni lani..ibu bapa berperanan menjaga dan mendidik anak2 ni bnda len plak yang jadi.
 
bnyk betul kes jenayah di ganu...pelik tol
 
anak2 xdiajar pakai elok2 agaknya..dlm rumah pun seksi2..bapak tgk pun hati xsenang..mak plak menopaus
 
ni mesti bapak time muda perangai mcm haram..mcm mana la dunia 20 tahun lg bila budak2 yang liar sekarang jadi bapa
 
aku nak menangis baca ni.apa akan jadi pada zaman aku nnti. uwaaa :'((
 
ini org ke...perangai bukan mcm org jer...
Tak ingat dosa ker...sepaatutnya melindungi ini sebaliknya pulak...
apa nak jadi dah...
 
Back
Top
Log in Register