BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak cicak berkepala dua

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
27hmlizard_cropped.transformed.jpg


Liverpool (England): Seorang lelaki terkejut selepas cicak jenis beaded dragon peliharaannya menetaskan telur mengandungi anak berkepala dua, dipercayai antara empat seumpamanya di seluruh dunia.

Stephen Evans, 34, yang membela cicak spesies itu sejak 17 tahun lalu berkata, dia pada mulanya menyangka dua anak cicak menetas dari satu telur sebelum menyedari ia sebenarnya satu haiwan dengan dua kepala.

“Malam sebelumnya, saya melihat di dalam alat pengeram dan memang melihat dua kepala. Saya mengandaikannya kembar tetapi ia sebenarnya kembar siam.

“Keluarga dan rakan terkejut dan berkongsi gambar itu di laman sosial. Esok (hari ini) hari jadi saya dan mungkin ini hadiah untuk saya. Malah saya membeli tiket loteri kerana nampaknya saya bertuah,” katanya.

Evans dan isterinya Jodie membela hampir 50 cicak dengan memberi tumpuan kepada jenis ‘bearded dragon’ atau nama saintifiknya ‘pogona’ yang mempunyai warna serta corak badan pelik dikenali sebagai ‘morph.’

Cicak yang baru menetas itu dipercayai cuma yang keempat seumpamanya di dunia dan dinamakan Olaf oleh anaknya berdasarkan watak orang salji dalam filem animasi Frozen.

“Saya membuat pencarian di Internet dan hanya menemui tiga atau empat cicak berkepala dua.

“Memang ia sesuatu yang unik dan tidak mungkin anak lain yang menetas juga akan mempunyai dua kepala seperti ini.

“Olaf nampak kuat dan sihat, malah menetas sendiri tanpa bantuan. Ini satu lagi petanda baik,” katanya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60522#sthash.m1gYwrF8.dpuf
 
macamana agaknya cicak ni mkn ek
try letak mknan sebijik kat sebelah kiri bdn sebijik kat belah kanan serentak
 
byk2 cicak kt dinding umah aku tkde pulak yg berkembar mcm ni... tapi aku geli lah nk tangkap..
eiiiiiiiii.... eiiii... eiiii...
 
selalu berita camni kena ada '' setakat ni ada orang menawarkan rm10 000 untuk cicak tersebut, tetapi saya ambil keputusan untuk memeliharanya sendiri''... tapi xde pun...
 
sape yang kawal badan agaknya?
 
Back
Top
Log in Register