BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amy Search kini bergelar Datuk

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,249
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,249
Reaction score
1,660
Points
201
Amy Search kini bergelar Datuk
FB_IMG_1661335775368.jpg

PETALING JAYA – Penyanyi rock legenda, Amy Search kini memasuki senarai terkini golongan anak seni tanah air yang bergelar Datuk.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk merupakan antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Melaka itu berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Penghibur yang sudah 42 tahun mendedikasikan hidup terhadap arena seni itu sekali gus menjadi satu-satunya penggiat seni yang menerima darjah kebesaran pada majlis berkenaan.

Seramai 883 individu dalam senarai penerima anugerah kebesaran didahului oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media massa dan ahli-ahli badan sukarelawan.

Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran dijalankan tiga sesi iaitu pada 24 Ogos dan 27 Ogos.

Sementara itu, meninjau akaun Instagramnya, belum ada sebarang perkongsian mahu pun kenyataan berhubung penerimaan darjah kebesaran tersebut.

Namun isterinya, Datin Norhasniza Hassan menerusi Instagramnya @qasander memuat naik gambar Amy dalam persalinan rasmi dalam InstaStory. – KOSMO! ONLINE
 
aik,bukan beliau dah muflis ke????
 
Nasib melaka yg bagi
 
Back
Top
Log in Register