BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Amorim tekad beri khidmat terbaik selagi bersama United

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
3288573.webp

Amorim

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim menegaskan tidak pernah bimbang mengenai kedudukannya biarpun tekanan terhadapnya semakin memuncak selepas kekalahan 1-3 di tangan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech.

Harapan yang kembali menyala selepas kemenangan ke atas Chelsea minggu lalu padam sekelip mata apabila The Red Devils sekali lagi gagal mengekalkan momentum di laman The Bees.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Amorim terus kekal di kelompok bawahan liga dengan kutipan 34 mata daripada 33 perlawanan tanpa sebarang kemenangan berturut-turut sejak pengendali dari Portugal itu mengambil alih.

“Saya tidak pernah gusar tentang pekerjaan saya di sini.

“Sejujurnya saya bukan orang sebegitu. Ia bukan keputusan saya. Saya hanya akan lakukan yang terbaik selagi berada di sini,” kata Amorim.

Namun, nada keyakinan Amorim gagal meredakan persoalan mengenai masa depannya di Old Trafford.

Pihak pengurusan United sebelum ini berulang kali menyatakan sokongan terhadap bekas pengendali Sporting Lisbon itu, tetapi prestasi tidak konsisten terus menimbulkan tanda tanya.

United selepas ini akan berdepan Sunderland dalam aksi liga di Stadium Old Trafford pada 4 Oktober sebelum bertandang ke Stadium Anfield menentang Liverpool pada 19 Oktober.

Dengan tiada perlawanan pertengahan minggu untuk mengalih tumpuan, perhatian bakal terus terarah kepada Amorim sama ada beliau mampu mengubah nasib United atau sekadar menunggu masa meninggalkan Old Trafford.

 

 

LIGA PERDANA INGGERIS

KEPUTUSAN

Brentford 3-1 Manchester United

Leeds United 2-2 Bournemouth

Chelsea 1-3 Brighton

Manchester City 5-1 Burnley

Crystal Palace 2-1 Liverpool

Nottingham Forest 0-1 Sunderland

Tottenham Hotspur 1-1 Wolverhampton
 
Back
Top
Log in Register