BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMK Mula Perkukuh Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka - Muhammad Kamil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

AMK Mula Perkukuh Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka - Muhammad Kamil​

80b163367b6d059c9a251430ba58c0fb6a75cc6a44e55

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mempergiat gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan memberikan tumpuan utama kepada pengukuhan jentera dan penyelarasan program di peringkat akar umbi.

Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim berkata pimpinan AMK Melaka telah diarahkan untuk memfokuskan usaha berkenaan bagi memastikan gerak kerja dilaksanakan secara menyeluruh serta lebih tersusun.

“Keutamaan pada ketika ini adalah memastikan gerak kerja jentera, program serta keseluruhan persiapan pilihan raya berada pada tahap terbaik dan lebih bersedia.

“Berkaitan pengagihan kerusi dan calon, ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Town Hall Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Perak 2026 di sini hari ini.

Tempoh mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 dijadualkan berakhir pada Disember ini.

Pada PRN Melaka 2021, PH memenangi lima daripada 28 kerusi DUN iaitu di Kota Laksamana, Kesidang, Bandar Hilir, Bukit Katil dan Ayer Keroh; Barisan Nasional (21) manakala Perikatan Nasional (dua).

Mengenai Program KIBAR, Muhammad Kamil memaklumkan lebih 600 individu berusia antara 15 hingga 30 tahun menyertai program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu hari ini.

Beliau berkata program berkenaan menjadi platform kepada golongan belia untuk menyuarakan pandangan, cadangan, kritikan dan mengemukakan soalan secara terus kepada kepimpinan.

"Pelaksanaan Program KIBAR akan terus diperluas dari semasa ke semasa dengan memberi tumpuan kepada penglibatan belia di peringkat akar umbi di seluruh negara,” katanya.

 
AMK pebende entah

general pun dah lari
 
Back
Top
Log in Register