BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amirul Hakim mahu lebih agresif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
PELUMBA remaja, Amirul Hakim Mohd Rizal berharap untuk terus kekal antara pelumba yang mampu merebut gelaran juara keseluruhan WIRA musim ini pada saingan pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak minggu hadapan.

Amirul yang mewakili pasukan Team Mos Track Pro Yamaha Racing itu kini menduduki tangga kelima dalam carta keseluruhan WIRA dengan kutipan 36 mata, ketinggalan 59 mata dari pendahulu, Hafiza Rofa (Warner Pumps-YSP).

Pada asalnya, Amirul memulakan saingan musim ini dengan baik untuk menamatkan pusingan pertama (Batu Kawan) di tempat keempat tapi kegagalannya untuk tampil kompetitif pada dua pusingan seterusnya (Melaka dan Terengganu) menyaksikan pencabar-pencabar utama kategori WIRA terus menjarakkan diri dalam carta kutipan mata.

Hanya pada pusingan empat di Muar, Johor pelumba berusia 16 tahun ini berjaya menemui rentaknya semula untuk menghabiskan perlumbaan di tempat kelima.

“Secara jujur, kami sepatutnya berada di kedudukan lebih baik tetapi usaha kami tergendala apabila saya sekadar menghabiskan perlumbaan di Melaka di tempat ke-10 dan saingan di Terengganu di tempat ke-12.

“Senario ini membuka peluang buat pencabar utama kelas WIRA untuk mengutip mata maksimum dan menjarakkan diri dalam carta keseluruhan,” jelas Amirul.

Dia menambah, “bagi menghadapi situasi ini, saya akan mengambil langkah agresif pada perlumbaan di Teluk Intan.

“Hanya dengan cara ini saya berpeluang untuk menamatkan kemarau podium dan merapatkan jurang mata dengan pendahulu.

“Keyakinan saya untuk mencapai objektif ini juga amat tinggi kerana mekanik pasukan telah menyediakan pelarasan jentera yang kompetitif,” jelasnya.
 
Back
Top
Log in Register