Semua produk2 Insurans Seumur Hidup, Endowmen dan Insurans Berkaitan Pelaburan di AmAssurance Berhad adalah mengikut kehendak syariah. Panel Penasihat Syariah AMAB telah ditubuhkan utk menyediakan rujukan dan dasar mentadbir tabung dan pelaburan insurans. Ahli-ahli panel adalah 1. Tuan Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman, Qadi Besar Wilayah Persekutuan 2. Profesor Dr. Mahmud Saedon bin Awang Othman, Timbalan Dekan Kuliyah Undang-undang UIA dan 3. Dr Abdullah bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Ugama Kanan, Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Negara Brunei Darussalam. Juga ahli Majlis Fiqh Islam sedunia, OIC.
P.S. Jika terdapat produk2 AmAssurance yg tidak mengikut kehendak Syariah (contohnya pelaburan yg dibuat adalah dalam pasaran komoditi), maka ianya akan dinyatakan dgn jelas di dalam kenyataan produk tersebut.
base on agen tu, pelaburan yang dilaksanakan compliance dengan syariah. ada dia tunjukkan surat tu dekat aku n telah pon diterangkan oleh azmil73.
erk.. aku sebenarnya bukan agen kepada produk ni. tujuan aku buka thread ni utk bagitau produk AmFlexi yang diterangkan oleh agen tu kepada aku n aku kongsi kat korang. La ni yang aku x paham, perbezaan antara AmFlexi dan AmFlexi2.
kalu nak no agen tu, aku bley bagi kalu berminat. pm aku ok?
base on penerangan agen tu, dividen tu bley kuarkan bila2 tapi selepas setahun. maksudnya mcm ni, penyata kewangan berakhir bulan 3. tapi bro join bulan 9. jadi bulan 9 tahun depan baru bley kuarkan duit dividen tu. tapi utk tahun pertama tu dapat utk hasil daripada bulan 9 tahun join sehingga bulan 3 tutup akaun tu. senang cite mcm asb la pengiraan dia.
saya ambil Amflexi2 sejak bulan 12 2009. Tapi bukan utk 10 tahun hanya 6 tahun. maintain setahun 1200 minima. Cover insuren x30 dari nilai awal deposit. terus dapat 30% bonus dari nilai awal deposit itu juga... dividen mcm ASB perkiraannya... boleh jelaskan pakej saya ini...
Perbezaan pertama : Sum Assured untuk AmFlexi 2 adalah jauh lebih tinggi berbanding dgn AmFlexi 1.
Perbezaan kedua : AmFlexi 2 menawarkan juga apa yg dipanggil Pengeluaran Separa Secara Automatik (Automatic Partial Withdrawal) atau APW. Secara ringkasnya, APW adalah pulangan atas simpanan yg terkumpul dan dikira secara bulanan, dan dibayar sekali setiap 3 tahun selepas pulangan 2% p.a. dipulangkan kembali kedalam fund. Memang susah nak faham.. hehe.. (APW is the accumulation of investment return on a monthly basis to be paid out every 3 years after retaining 2% p.a. return in the fund.)
Katakanlah ada seorang hamba Allah yg bernama Azmil, berumur 38 tahun yg tidak merokok dan tidak ada masalah kesihatan, membayar premium tahunan sbnyk RM10k. Sum Assured jika AmFlexi adalah RM100k tetapi jika AmFlexi2 adalah RM357k.
APW pada tahun ke-3 pula adalah RM1045.00, tahun ke-6 RM3772.00, tahun ke-9 RM7141.00 dan seterusnya. Pengiraan APW ini amat kompleks, dan angka diatas didapati hanya dgn menggunakan sistem AmQuoteW.
1. Umur kelayakan - Bagi pelan AmFlexi dan AmFlexi 2, umur maksimum 60 tahun sementara AmCash Guarantee 21 umur maksimum adalah 5o tahun.
2. Insurance Coverage - Bagi pelan AmFlexi dan AmFlexi 2, coverage adalah atas kematian dan hilang upaya kekal, dan tidak termasuk coverage atas 36 penyakit kritikal. Sementara pelan AmCash Guarantee 21 cover ketiga2nya.
3. Fleksibiliti - Sepertimana namanya, pelan AmFlexi dan AmFlexi 2 membenarkan pengeluaran dibuat (dengan syarat2 tertentu) dan juga boleh membuat top up sekiranya ada duit lebih, tetapi pelan AmCash Guarantee 21 adalah tetap dan pengeluaran hanya dibenarkan apabila polisi matang (atau terjadinya kes kematian, hilang upaya kekal atau 36 penyakit kritikal). Namun begitu bagi AmCash Guarantee 21, bonus akan diberikan setiap 3 tahun bersandarkan kepada jumlah yg diinsurankan (Sum Assured).