BTC USD 82,657.3 Gold USD 4,187.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amerika perguna Anwar

politik ni ada mcm2 strateginya..
bila keluar result sebenar,
baru org tahu..kenapa mereka buat begitu n begini..

bg mereka yg dah lama ikuti sejarah politik tanah air,
bukan persoalan jawapan(target) yg bermain difikiran,
tetapi strategi,psikologi,formula,mcm2 lagi yg bermain
difikiran utk mencapai target..

ibarat soalan matematik tambahan..
jawapan tu,kadang cikgu dah bagi awal2..
tp yg penting bagaimana formula n jalan yg diguna
utk dptkan jawapan itu..pusing kot mana pn
asalkan last2 keluar jawapan tu..

akhirnya ---> memerlukan jawapan yg betul kan?

pandai pun emie! :)cgrock
 
belum berjawab!

aleqm5gr0nfxai6_tzzk5_vouf6xwzqmvw.jpg
 
caya la utusan....

p/s : sambil tahan gelak nie:D
 
akhirnya ---> memerlukan jawapan yg betul kan?

pandai pun emie! :)cgrock

politik..tiada jawapan objektif..
semuanya subjektif..

pernah kita dgr soalan dr reporter ker saper ker..
org politik bg jawapan betul atau tidak sahaja..mesti ada
ayat sambungan supaya kenyataan td boleh diterbalikkan
bila keadaan berlaku sebaliknya dlm masa terdekat atau
jangka masa panjang..
 
LEMBUS.....LEMBU punya statement. Iskandar, Pulau WAN MAN tu apa cerita..tingkap sebelah tu. Ni dok cerita taman sebelah plak..budossss tu lah. Simpan duri dalam daging dok cerita pasal duri nak mai cucuk daging.

Mesti megah2 totok BN. Sebelum nak selak kain taman sebelah baik pi selak kain tingkap sebelah tu.
 
Last edited:
hanya ini yang mampu aku lakukan ... :eek: :eek: :eek: :eek:
 
Amerika perguna Anwar

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

Sumber:utusan..:D

Ishhh.....apa ke Amerika plakkk....adeh...propaganda yang lemah nihh..kena banyak belajar lagi....:p :))


 
Back
Top
Log in Register