BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMD Ambil Penguasaan Pasaran Cip Pemprosesan Dari Intel

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,630
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,630
Reaction score
7,745
Points
916
Menurut laporan oleh laman analisis Serve The Home (STH), syarikat pengeluar cip pemprosesan Advanced Micro Devices, Inc. (AMD) telah berjaya merampas penguasaan pasaran cip pemprosan dari seterunya iaitu Intel.

Berbeza dari tahun lalu (2020) di mana Intel menguasai pasaran cip pemprosesan sebanyak 54%, tetapi untuk tahun ini, AMD telah berjaya menguasai pasaran cip pemprosesan sebanyak 59%.
​
ISC21-Top500-June-2021-New-Systems-By-CPU-Vendor-AMD-v-Intel-Total-Cores-Added.jpg

Jumlah itu menunjukkan perubahan yang sangat ketara di mana pengguna komputer kini lebih berminat menguasakan komputer mereka dengan menggunakan cip dari AMD berbanding Intel.

Ini tidak menghairankan kerana pengguna lebih berminat dengan keupayaan cip pemprosesan AMD yang didapati lebih berkuasa, berprestasi tinggi tetapi pada masa yang sama lebih jimat tenaga serta lebih murah berbanding cip dari Intel.

Jadi, bagaimana dengan anda, pilih Intel atau AMD?

Sumber asal Serve The Home, Toms Hardware​
 
Back
Top
Log in Register