TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) Rabu memberikan Biasiswa Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) 2011 kepada pelajar berumur 20 tahun dari Petaling Jaya, Nicholas Lau Hao Keat, untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
Presiden AMCHAM Sanjeev Nanavati berkata biasiswa itu merupakan satu lagi sumbangan kepada kerjasama pendidikan Malaysia-Amerika yang dinamik.
"AMCHAM, secara usahasama dengan MACEE telah memainkan peranan aktif dalam membantu pelajar cemerlang Malaysia merealisasikan impian melanjutkan pelajaran di universiti Amerika Syarikat," katanya pada majlis penyampaian anugerah biasiswa itu di sini.
Ia disampaikan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W. Jones.
Jones berkata biasiswa AMCHAM-MACEE bukan sahaja membolehkan pelajar Malaysia mendapat asas yang kukuh untuk kerjaya masa depan mereka tetapi juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk hidup di negara lain, mengalami kebudayaan baru dan bertindak menjadi duta kebudayaan di Amerika Syarikat.
"Terdapat banyak pelajar Malaysia di Amerika Syarikat dan jumlah itu terus meningkat. Saya percaya, menerusi persefahaman bersama antara kita, lebih banyak pelajar akan memilih untuk belajar di Amerika Syarikat," katanya.
Lau pula berkata biasiswa itu yang dipohonnya pada Mei, akan dapat meringankan bebanan keluarganya dalam membayar yuran tuisyen kolejnya.
Lau, yang mahu melanjutkan pelajaran dalam jurusan sains politik dan ekonomi di Universiti Furman di South Carolina, akan menerima US$20,000 (kira-kira RM60,000) bagi empat tahun pengajiannnya di Amerika Syarikat.