Radikal bebas terbentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan. Ianya dipengaruhi oleh faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.
Antioksida adalah bahan yang dapat mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
JOM, ambil pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh kerana setiap makanan ini mengandungi pelbagai jenis antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan anda