BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amazon Lancar Platform Jualan Kereta Secara Online

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
ce28de4d995a7347af918b5c305a5515675930852868b

FILE PHOTO: Figurines with computers and smartphones are seen in front of Amazon logo in this illustration taken, February 19, 2024.

SAN FRANCISCO, 11 Dis (Bernama-Xinhua) -- Gergasi e-dagang Amazon kini melangkah ke industri automotif dengan memperkenalkan Amazon Autos, sebuah platform jualan kereta dalam talian yang membolehkan pelanggan mencari dan membeli kereta baharu, trak serta SUV daripada pengedar terpilih.

Menurut kenyataan Amazon pada Isnin, inisiatif ini dimulakan bersama Hyundai di 48 bandar utama di Amerika Syarikat termasuk Atlanta, Boston, Chicago, Los Angeles dan New York.
Amazon turut merancang untuk meluaskan perkhidmatan ini ke lebih banyak bandar serta menambah jenama automotif baharu menjelang 2025.

Selain itu, pilihan pajakan dan pembiayaan yang lebih komprehensif juga akan diperkenalkan tahun depan.

Melalui Amazon Autos, pelanggan dapat mencari kenderaan berdasarkan model, variasi, warna dan ciri tertentu yang ditawarkan oleh pengedar.

Pembeli turut berpeluang mendapatkan pembiayaan dan menandatangani dokumen secara elektronik di laman berkenaan.

Setelah proses pembayaran diselesaikan, pelanggan boleh menjadualkan tarikh untuk mengambil kenderaan mereka di pengedar berdaftar.

Amazon memberi jaminan bahawa harga yang dipaparkan semasa daftar keluar adalah harga akhir, merangkumi semua cukai dan yuran yang dikenakan.

 
Back
Top
Log in Register