BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMARAN TSUNAMI PADA HARI Ni...

td dpt dlm group wassap kata palsu plak..mana 1 ni
 
Malaysia sertai latih amal IOWave14 bermula esok
September 8, 2014
KUALA LUMPUR - Malaysia bersama 20 negara sekitar Lautan Hindi akan mengambil bahagian dalam Latih Amal Indian Ocean Wave 2014 (IOWave14) selama dua hari bermula esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, Kementerian Sains dan Inovasi (Mosti), latih amal tsunami ini akan menggunakan senario gempa bumi kuat bertempat di Jawa Selatan pada 9 September (esok) manakala latihan kedua di Makran Trench (di Barat Pakistan) pada 10 September (Rabu).

Kenyataan itu menjelaskan, Malaysia akan menyertai latihan ini melalui agensi pelaksana iaitu MetMalaysia bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Latih Amal IOWave14 ini akan meletakkan negara-negara Lautan Hindi dalam situasi Amaran Tsunami dan memerlukan keputusan pihak kerajaan. Ia juga ekoran latih amal Lautan Hindi yang pernah diadakan pada 2009 (IOWave09) dan 2011 (IOWave2011) di mana latih amal perpindahan komuniti dilakukan di Langkawi (2009) dan Kuala Muda (2011)," kata kenyataan tersebut.

Latih amal itu terbahagi kepada dua peringkat - peringkat pertama keluaran maklumat tsunami daripada sumber gempa bumi di Jawa Selatan dan Makran Trench daripada Regional Tsunami Service Providers (RTSPs) Australia, India dan Indonesia kepada Pusat Amaran Awal Tsunami setiap negara.

Peringkat kedua, negara penerima maklumat akan menganalisis dan membuat keputusan berdasarkan keupayaan ramalan sedia ada serta agensi kerajaan akan mensimulasikan prosedur pengeluaran amaran hingga ke langkah terakhir sebelum kepada pihak komuniti.

"Latih amal tersebut akan memberi peluang kepada agensi pengurusan bencana seperti MKN, PDRM dan RTM untuk menguji Prosedur Operasi Standard (SOP) serta kelancaran sistem komunikasi dan koordinasi di antara agensi berkenaan.

"Ia juga merupakan aktiviti untuk meningkatkan tahap kesedaran dan menilai tahap kesiapsiagaan agensi-agensi bencana menghadapi tsunami," katanya.

Bagaimanapun menurut kenyataan tersebut sekiranya berlaku ancaman tsunami sebenar dalam tempoh latih amal itu maka ia akan dihentikan. - Bernama
 
buat amali bgtau
confirm la semua standby
cuba saja2 kluakan amaran tsunami tanpa bgtau
tgk la mcm mane kelam kabutnye nnt

buat time indon kene gempa atau masa tgh ribut
 
tau dah org dalam sdri yg gatal2 pg upload
 
Back
Top
Log in Register