BTC USD 81,588.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran!!!! Lelaki dan perempuan

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
(penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)
 
Tuan makan nasipun boleh syirik gak. Tuan kaji kesah sahabat mendoakan org kena sengat ngan alfatihah...Kalau takleh guna ayat Quran utk merawat nescaya nabi dah tego...teruskan perjalanan tuan
 
abis tu mcm mana nk berubat ? klu guna ayat2 quran x blh , nk guna apa ? nk berserah jer ke tanpa usaha ? ustaz2 dan ulamak2 dok guna ayat quran wat halau iblis syaitan tu kira mcm mana ? kita brusaha dn berikhtiar yg menyembuhkan tu hak Allah swt
 
macam x betul je ni....sori tt...ambe kene byk belajar lagi
 
Makan ubat jugak blh jatuh syirik kalau tak kena gayanya... Kita usahalah.. Yg menyembuh yg memberi rezeki yg memberKati adalah kerja allah.. Mintalah pada Allah

1. kena usaha
2. minta & tawakal pd Allah

kedua2 step adalah perlu
jgn buat yg no.2 saja..
 
Daripada Auf bin Malik r.a bahawa sekali peristiwa
Nabi S.A.W telah membicarakan di antara dua orang lelaki,
lalu apabila orang yang kalah dalam bicara itupun pergi,
dia telah mengucapkan

"Hasbunallahi wa ni;mal wakil"
( Cukuplah adanya bagiku ALLAH dan Dia adalah sebaik-baik
tempat berserah)

Mendengar ucapan tersebut, Nabi telah bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH Ta'ala mencela sikap kemalasan,
tetapi hendaklah engkau bekerja dengan teratur sehingga
kerja dapat diteruskan, maka apabila engkau ditimpa
sesuatu yang tidak tertanggung, barulah engkau ucapkan
seperti berikut:
"Hasbunallahi wa ni;mal wakil"


(Riwayat Abu Darda )
 
ni Anti Quran ke....??

Anti Hadith ke..??

sumber dapat dari mana ttg larngan ni..??

link plsss,bideo.....?
 
perkhh..berderau aku baca ..rasa tt terlebih belajar ni..
 
Mari berforum.

Assalamualaikom kpd TT.
Terima kasih kerana kongsi pendapat.

Soalan: TT ada tulis satu benda yg saya amalkan. Membaca ayat kursi sebagai perlindungan. Kadang2 bila berada saya berada dalam situasi tertentu saya mmg baca ayat kursi dan mmg utk perlindungan. Tanpa ragu2 meminta pertolongan Allah swt agar dipermudahkan urusan / ujian.

Malah juga membaca doa2 lain spt doa naik kenderaan utk keselamatan. Baca al-fatihah utk itu dan ini,
Malah pernah juga ada kawan2 yg halau makhluk halus yg kacau dalam rumah dengan azan dan bacaan ayat kursi.

Kalau tak bule baca ayat kursi utk pendinding.. Abis nak halau benda yg kacau tu mcm mana?
Takkan nak ckp hey mambang api mambang tanah mambamg air.. Janganlah kau kacau keturunan aku. Pergi kau dari sini.. (mcm tu ke?)

So dengan pemahaman TT, saya perlu hentikan amalan ini semua?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register