BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran Hujan Lebat - MET

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
26/12/2016 - Selangor, Amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berlaku di pantai timur Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat berlaku di negeri Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu, 28 Disember.

Sementara amaran hujan lebat peringkat kuning dijangka berlaku di Kelantan mulai sehingga Rabu, 28 Disember.

Hujan lebat dijangka berlaku di Johor dan Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu) mulai dari Rabu, 28 Disember sehingga Jumaat, 30 Disember.

MetMalaysia melalui laman web dikemas kini pada jam 6.15 pagi tadi, melaporkan Nock-Ten dicerap pada jam 5 pagi itu berada di latitud 13.4 Utara dan longitud 122.0 Timur, kira-kira 179km ke tenggara Manila, Filipina.

Taufan (Nock-Ten) bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j).

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Laut China Selatan.

932ff0360a8109b9e8d35c7d1cef02bb.jpg
 
skrg, 10:57am kt kota bharu dh mula ujan balik lps panas selama 2 hari
gelombang kedua dh nk mula kot
 
kt kemaman dah 2 hari dah asik hujan ni.
 
hrp bila mula persekolahan takde sek yg alami mslh banjir
 
26/12/2016 - Ranrau Panjang, Paras Sungai Golok mula naik; Penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Golok di sini berharap agar banjir besar seperti yang berlaku pada penghujung tahun 2014 tidak berulang.

Ini berikutan beberapa kediaman penduduk di sekitar daerah ini terutama di sepanjang tebing Sungai Golok mula dinaiki air sehingga paras betis akibat limpahan air sungai kerana hujan lebat di kawasan hulu sejak semalam.

Seorang penduduk, Abdul Karim Ramli, 46, berkata, paras air Sungai Golok meningkat mencecah paras bahaya sebanyak dua kali sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Menurut beliau, kebiasaannya air Sungai Golok akan naik tiga kali sebelum banjir benar-benar melanda.

Walaupun air cuma naik separas betis tetapi ia tetap merisaukan kami kerana bimbang banjir berlaku.

Cuma kami berdoa banjir besar seperti 2014 tidak berulang, katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehingga pukul 8 malam semalam, paras air Sungai Golok di sini mencecah 8.83 meter manakala paras bahaya ialah 9 meter.

Difahamkan, peningkatan itu disebabkan air Sungai Jenok di Jeli dan Sungai Weng di Thailand yang terletak di kawasan hulu telah mengalir masuk ke Sungai Golok.

d0be08ddfcef042b3a3cf6c247915e72.jpg
 
Musim tengkujuh dah nak bermula secara rasmi.

Kesian budak2 nak mula sekolah.
 
Back
Top
Log in Register