Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Amaran buat petualang
25/03/2009 10:57am
KUALA LUMPUR 25 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO bertekad menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh petualang yang tergamak menidakkan hak bangsa sendiri, menghina tanah air serta mempersendakan institusi Raja demi memuaskan nafsu rakusnya.
Dalam ucapan penuh bersemangat ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda hari ini, Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, petualang terbabit secara sumbang mengisytiharkan akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September tahun lalu.
Ia sekali gus, kata beliau, menyemai benih keraguan di kalangan rakyat sehingga menjejaskan keyakinan dunia terhadap negara.
``Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah sebaliknya apabila peralihan kuasa telah berlaku di Perak.
``Si Petualang ini, oleh kerana gilakan kuasa, sanggup berbuat apa sahaja. Wahai Petualang bangsa, pelanduk mungkin lupakan jerat tetapi jerat janganlah sama sekali melupakan pelanduk.
``Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri,’’ kata beliau sambil disambut tepukan semangat daripada 791 anggota perwakilan Pemuda yang memenuhi Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Utusan
Perghhh, pawerut siot kate2 ketua pemuda)
)
)
)
Selain itu, beliau juga didakwa memiliki saham di dalam syarikat pembinaan bernilai lebih RM30 juta ringgit, dan ahli-ahli keluarganya pula mendapat tender kerajaan bernilai RM1 bilion. “Kepada Hishammuddin, saya hendak tanya bagaimana beliau sebagai seorang menteri Kabinet, yang kita tahu berapa gaji dan elaunnya, boleh memandu kenderaan pacuan empat roda mewah berjenama Hummer keluaran General Motor (GM) bernombor pendaftaran JEN8,” Azmin mempersoalkan.
hmmmm....
Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri,’
Nak beli hummer lagi sebijik la tu
22 November, MT melaporkan Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali mengecam Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang didakwanya membolot saham bernilai RM 25 juta yang diperuntukan khas untuk Bumiputera. Azmin juga mendakwa Hishammuddin memiliki sebuah kereta bernilai hampir sejuta ringgit.Selain itu, beliau juga didakwa memiliki saham di dalam syarikat pembinaan bernilai lebih RM30 juta ringgit, dan ahli-ahli keluarganya pula mendapat tender kerajaan bernilai RM1 bilion. “Kepada Hishammuddin, saya hendak tanya bagaimana beliau sebagai seorang menteri Kabinet, yang kita tahu berapa gaji dan elaunnya, boleh memandu kenderaan pacuan empat roda mewah berjenama Hummer keluaran General Motor (GM) bernombor pendaftaran JEN8,” Azmin mempersoalkan.
“Kita tahu beliau memperolehi keuntungan RM25 juta dengan hanya menjual sebanyak 10 peratus dari saham tersebut baru-baru ini, dan Hishamuddin masih memegang lagi lima peratus saham itu sehingga sekarang,” dakwa beliau. Azmin juga mempersoalkan samada benar adik Hishammuddin, Haris Tun Hussein, memperolehi kontrak pembinaan lebuhraya Duke yang menghubungkan Hulu Kelang dan Jalan Duta bernilai RM 1 billion.