BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran buat petualang

Hishammuddin sebak lepas Ketua Pemuda
25/03/2009 12:44pm

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini disulami perasaan sebak sehingga menitiskan air mata ketika melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan amanat supaya seluruh ahli sayap itu tidak menderhakai wadah perjuangan parti untuk orang Melayu.

Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda di sini, beliau berkata, sepanjang 11 tahun menerajui kepimpinan Pemuda, dirinya tidak pernah mengkhianati orang Melayu.

``Saya menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden dan ini atas semangat dan perjuangan untuk membawa obor perjuangan Pemuda.

``Saya sedar banyak sistem pesanan ringkas (SMS) dan surat layang yang disebarkan menyerang peribadi saya. Saya menyerahkan kepada penentuan Ilahi yang Maha Mengetahui,’’ katanya. - Utusan

kelakar gila.hahahaa
 
hahahaha.. :eek::eek::eek:.. weiii ali ketam!!!! hang dengar tak pahlawan ni sound apa.. :eek::eek:
 
kalau kira ok sket la dia nie dari KM Melaka tu..hoho
 
ni last warning yg pertama tau...x rela i..auuwwww....
 
keris kontot sudah keluar.....

jgn lupa lepas berhimpun minta maaf sbb bawak keris kontot
 
Amaran buat petualang
25/03/2009 10:57am

KUALA LUMPUR 25 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO bertekad menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh petualang yang tergamak menidakkan hak bangsa sendiri, menghina tanah air serta mempersendakan institusi Raja demi memuaskan nafsu rakusnya.

Dalam ucapan penuh bersemangat ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda hari ini, Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, petualang terbabit secara sumbang mengisytiharkan akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September tahun lalu.

Ia sekali gus, kata beliau, menyemai benih keraguan di kalangan rakyat sehingga menjejaskan keyakinan dunia terhadap negara.

``Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah sebaliknya apabila peralihan kuasa telah berlaku di Perak.

``Si Petualang ini, oleh kerana gilakan kuasa, sanggup berbuat apa sahaja. Wahai Petualang bangsa, pelanduk mungkin lupakan jerat tetapi jerat janganlah sama sekali melupakan pelanduk.

``Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri,’’ kata beliau sambil disambut tepukan semangat daripada 791 anggota perwakilan Pemuda yang memenuhi Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Utusan

Perghhh, pawerut siot kate2 ketua pemuda :)):)):)):))

die ckp gtu nk mengingatkan kite yg org UMenong dlu pon dh jual negri..
 
Hidup PKM!!!
 
Back
Top
Log in Register