BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amar Asyraf nikah Jumaat

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image+(1).jpg


SELEPAS mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya sejak Aidilfitri lalu, akhirnya pelakon kacak, Amar Asyraf mengesahkan bakal bernikah, Jumaat.

Semalam, pelakon berusia 27 tahun itu mengumumkan berita pernikahannya di laman mikro Twitter miliknya.

"Akan menjadi suami seseorang dalam beberapa hari. Sangat teruja!," tulisnya.

Sementara pada jam 1.33 petang tadi, pelakon itu menulis lagi dengan berharap agar upacara ijabkabul berjalan dengan sekali lafaz.

"Fuhh! Moga esok sekali lafaz! Berat tangunggjawab selepas ini," katanya.

Berdasarkan interaksinya dengan rakan-rakan di Twitter, Amar memberitahu majlis dari pihak lelaki bakal dijalankan pada bulan Ogos nanti.

Sehingga kini, Amar masih merahsiakan tunangannya yang berasal dari Perak itu.

Lokasi pernikahan masih belum diketahui.
 
Back
Top
Log in Register