BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanat Hari Kebangsaan PM Wong akan disiarkan pada 8 Ogos

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25
screenshot_2025-08-01_133705.png

Perdana Menteri Lawrence Wong menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos 2024. (Gambar: MDDI)

SINGAPURA: Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong akan disiarkan pada 8 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam pengumumannya pada Jumaat (1 Ogos).

PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan menyampaikan amanatnya dalam Bahasa Inggeris.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan menyampaikan amanat dalam Bahasa Mandarin, manakala Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, akan menyampaikan amanat dalam Bahasa Melayu.

Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia, Dinesh Vasu Dash, akan menyampaikan amanat PM Wong dalam Bahasa Tamil.

Siaran pertama dalam Bahasa Inggeris akan disiarkan di CNA dan stesen radio CNA938 pada pukul 6.40 petang.

Amanat dalam Bahasa Melayu akan disiarkan pada pukul 8.30 malam di saluran Suria, diikuti dengan siaran Bahasa Mandarin pada pukul 8.40 malam di Saluran 8 dan Capital 958.

Amanat dalam Bahasa Tamil pula akan disiarkan pada pukul 9.00 malam di Vasantham dan stesen radio Oli 968.

Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa ini juga akan disediakan di laman Pejabat Perdana Menteri dan saluran YouTube rasminya selepas siaran pertama.

Dalam Amanat Hari Kebangsaan pertamanya, PM Wong menyentuh tentang usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk mengekalkan kestabilan kos sara hidup, serta sokongan kepada keluarga di bawah inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura.

Beliau juga berkongsi bagaimana Singapura melabur dalam penyelidikan & Pengembangan (R&D) serta teknologi baharu seperti robotik dan kecerdasan buatan (AI).

 
Back
Top
Log in Register