BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah Kedah berantakan angkara Parlimen Jerai?

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Menurut sumber, pemimpin dan ahli terlibat dipercayai akan memboikot pilihan raya berkenaan setelah Pakatan Harapan (PH) sah menamakan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff sebagai calon di kerusi itu.
https://www.utusan.com.my/.../amanah-kedah-berantakan.../

Amanah Kedah berantakan angkara Parlimen Jerai?​

PHAHROLRAZI-MOHD.-ZAWAWI.jpeg

PHAHROLRAZI MOHD. ZAWAWI

  • 30 Oktober 2022, 12:17 pm

ALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah dikatakan mengalami pergolakan apabila sebahagian pimpinan utama di negeri ini tidak berpuas hati dengan pemberian kerusi Parlimen Jerai kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, satu sidang akhbar tergempar akan diadakan kira-kira pukul 5.30 petang ini di Pejabat Amanah Jerai yang terletak di Guar Chempedak.

Difahamkan, Parlimen Jerai sepatutnya ditandingi calon daripada Amanah setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding di kerusi itu pada PRU14 lalu tidak lagi berada dalam PH.
“Kemungkinan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu akan hadir pada sidang akhbar tersebut bersama beberapa lagi kepimpinan lain.

“Namun, setakat ini saya tidak dapat mengesahkan sama ada kepimpinan Amanah Kedah telah terbahagi dua dan umpamanya setelah timbul rasa tidak puas hati ini, apa pun kita kena tunggu penjelasan pada sidang akhbar petang ini,” kata sumber kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua Penerangan PH Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Kedah mengumumkan Zulhazmi sebagai calon Parlimen Jerai pada Majlis Pengisytiharan Calon PH Kedah di Sungai Petani, dekat sini.

Phahrolrazi tidak berada dalam majlis berkenaan meskipun mengikut tentatif program yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu itu, beliau akan menyampaikan ucapan sebelum majlis pengumuman calon.

Sementara itu, Setiausaha Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris menafikan pihaknya berpecah ekoran perkara terbabit dan menjelaskan sidang akhbar yang mahu dilakukan petang ini lebih kepada suara daripada Amanah Kawasan Jerai.

“Saya tidak rasa ini melibatkan sehingga peringkat Amanah Kedah tetapi hanya rasa tidak berpuas hati daripada Amanah Jerai yang mungkin melihat calon Amanah sesuai diletakkan di kerusi Parlimen itu.

“Kehadiran Datuk Phahrolrazi yang dikatakan akan ke sidang akhbar tersebut mungkin atas kapasiti beliau selaku Pengerusi negeri yang mahu membantu Amanah Jerai untuk merayu meletakkan calon di situ,” katanya.

Tambah Asmirul Anuar, semua pihak sepatutnya akur menerima keputusan pucuk pimpinan Amanah dan PH di peringkat nasional yang memiliki pandangan berbeza berbanding perkara yang dilihat oleh Amanah Kawasan Jerai.

“Saya tidak nampak ia melibatkan isu-isu lain (termasuk perpecahan dalaman) tetapi lebih kepada ingin merayu agar Amanah kawasan itu diberi peluang untuk bertanding pada PRU15 kali ini,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN
 
apa susah....pangkah je lah parti yg lawan DAP tu...itu pun nak ajar ke
 
DAP dah mula langkah kongker kawasan melayu dgn letakkan calon2 melayu. Tak lama lg Amanah dah tak berguna utk DAP :ROFLMAO:
DAp dah tau nilai Amanah tak leh nak gi....tak de apa...so taktik jadikan Amanah proksi tak jadi...so buat produk sendiri..produk timbang kilo ni byk merkuri....ehehehe
 
Kalau aku pres Amanah, aku mintak DAP sokong calon Amanah di area majoriti cina. Sebab DAP dah nak konker area melayu,patutnya Amanah boleh masuk area cina. Contoh area Seremban yang melayu 50%. Ataupun Kuantan. Kalau pres Amanah ni pro aktif la.
 
Ingat Mat Sabu pandai dan berani ke?
 
Back
Top
Log in Register