BTC USD 63,974.3 Gold USD 1,775.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalan Sunat Bulan Muharram.

lautbiru

Active Member
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
332
Points
41
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah

bersyukur kita ditemukan Allah dengan muharram...bermksud kia melangkah setahun lagi ...juga...Amat tepat bagi kita Umat Islam membina Azam baru diwaktu ini....bukanya menunggu selepas crismas nanti:))


Insyaallah...marilah kita memulakan kehidupan ditahun baru Islam ini dengan lebih bersemangat..dan menambah Amalan Amalan...supaya lebih baik dari tahun tahun yg lepas...



Antara Amalan YG Disunatkan bagi Bulan Muharram ini


A. PUASA SUNAT dari 1 - 9 MUHARRAM.

B. PUASA SUNAT 10 MUHARRAM BERSETA AMALAN SEPERTI BERIKUT :
1. Melapang masa/belanja anak isteri. (Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.)
2. Memuliakan fakir miskin.
3. Menahan Marah.
4. Menunjukkan orang sesat.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
6. Bersedekah.
7. Memelihara kehormatan diri.
8. Mandi Sunat. (Tidak sakit (berat) pada tahun itu. Niat” Sahaja aku mandi sunat hari Asyura krn Al-lah Taala.”)
9. Bercelak. (Tidak akan sakit mata pada tahun itu )
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 x
11. Solat sunat 4 rakaat.
12. Membaca Has biallahhu wa nik mal wa keel, nik-mal maula wa nikmannaseer”.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
14. Puasa. Niat—”Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Marilah kita sama sama amalkan..insyaallah:D
 
Sponsored Post

lautbiru

Active Member
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
332
Points
41
Alhamdullillah

Rasullullah s.a.w bersabda yg bermaksud :
"Jika aku masih hidup sehingga tahun yg akan datang, aku akan berpuasa pada hari ke sembilan "
H.R : Muslim


Insyaallah...marilah kita Umat yg cintakan Rasullullah s.a.w memenuhi impian Rasullullah s.a.w dgn melaksanakan puasa tersebut..Insyaallah
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,674
Reaction score
1,612
Points
201
REMINDER : -

[MINGGU INI]
1) Sabtu, 30/9: Puasa Tasu'ah (9H, Muharram).

2) Ahad, 1/10: Puasa Asyura (10H, Muharram).

[MINGGU HADAPAN]
1) Rabu, 4/10: Yaumul Bidh (13H, Muharram)

2) Khamis, 5/10: Yaumul Bidh (14H, Muharram)

3) Jumaat, 6/10: Yaumul Bidh (15H, Muharram)
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,276
Points
196
rugi yg amat besar sape yg x posa asyura ni

14572769_1773726806227058_3932155100751997614_n.jpg


14522719_1773726809560391_2475386098026909740_n.jpg
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,276
Points
196
esok ramai2 posa. jangan risau x penah lg yg mati ke bulur sbb posa:

14670823_1776308349302237_6588521873430174130_n.jpg



14519926_1776309072635498_7554825954466218366_n.jpg
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,276
Points
196
Hukum Puasa 11 Muharram

Boleh saja dan sah puasa pada 11 Muharram dengan beberapa alasan:

- Sebahagian ulama menganggap kedudukan puasa yang paling tinggi dari puasa Asyura adalah berpuasa pada 9, 10, dan 11 Muharram (tiga hari sekaligus), di bawah itu adalah berpuasa 9 dan 10 Muharram, di bawah itu adalah berpuasa pada 10 Muharram saja. Tiga tingkatan ini dijelaskan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah dalam Zaad Al-Ma’ad, 2:72.

- Berpuasa 9, 10, dan 11 Muharram masuk dalam puasa tiga hari setiap bulannya. Kerana puasa tiga hari setiap bulan hijriyah itu bebas memilih hari apa saja.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Kekasihku (iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) mewasiatkan padaku 3 perkara yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: (1) berpuasa 3 hari setiap bulannya, (2) mengerjakan shalat Dhuha, (3) mengerjakan shalat witir sebelum tidur.”
(HR. Bukhari, no. 1178)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari, no. 1979)

Dari Mu’adzah Al-‘Adawiyyah, ia pernah bertanya pada ‘Aisyah -isetri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa melaksanakan puasa 3 hari setiap bulannya?” ‘Aisyah menjawab, “Iya”. Ia pun bertanya pada ‘Aisyah, “Pada hari apa beliau berpuasa?” ‘Aisyah menjawab, “Beliau tidak memperhatikan pada hari apa beliau berpuasa dalam sebulan.” (HR. Muslim, no. 1160).

Ada juga puasa ayyamul bidh, iaitu tanggal 13, 14, 15 Hijriyah yang dianjurkan puasa. Di mana anjurannya seperti hadits berikut ini.

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padanya, “Jika engkau ingin berpuasa 3 hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).”
(HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi menyatakan bahwa haditsnya hasan.).

Kalau tidak sempat pada tiga hari tersebut boleh memilih di hari lainnya dari bulan hijriyah, iaitu 9, 10, dan 11.

Kalau tidak sempat berpuasa pada 9 dan 10 Muharram, boleh memilih berpuasa pada 10 dan 11 Muharram, sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Prof. Dr. ‘Umar Al-Muqbil hafizahullah.


Sumber : https://rumaysho.com/16502-hukum-puasa-11-muharram.html
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register