BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah: Majikan lega jaminan PM

tuan di pertua, nampaknya abg jib nak jadi hero amah, kita jadi hero utk berjuta rakyat melaysia ( pastu terus duduk hahahahah)
 
RM700 utk satu tugas sebenarnya indon sendiri pun tahu ada bangkangan dr Malaysia, ini hanya taktik Indon je. Sebenarnya yang dia nak ialah gaji RM700 dengan tugas seperti biasa yang dioran buat sebelum ni. Sbb gaji mereka sekarang antara (rm500 - rm600)
 
KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelbagai pihak lega dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpegang dengan persetujuan sebelum ini berhubung isu gaji amah dari Indonesia.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan bertegas dan tidak melayani tuntutan terbaru yang dikemukakan oleh pihak Indonesia antaranya meminta gaji minimum RM700 sebulan dengan melakukan satu tugasan khusus.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, Malaysia perlu tegas berdepan dengan kerenah Indonesia itu demi menjaga kepentingan rakyat dan pada masa sama mengingatkan negara jiran itu agar mematuhi persefahaman yang telah dicapai.

"Kita melihat Indonesia sengaja mahu mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi terhadap tenaga kerja pembantu rumah dari negara itu dengan mengemukakan syarat baru yang lebih menguntungkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Mereka ambil kesempatan ke atas 'kepandaian' Malaysia..:eek:
 
Back
Top
Log in Register