BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah: Majikan lega jaminan PM

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelbagai pihak lega dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpegang dengan persetujuan sebelum ini berhubung isu gaji amah dari Indonesia.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan bertegas dan tidak melayani tuntutan terbaru yang dikemukakan oleh pihak Indonesia antaranya meminta gaji minimum RM700 sebulan dengan melakukan satu tugasan khusus.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, Malaysia perlu tegas berdepan dengan kerenah Indonesia itu demi menjaga kepentingan rakyat dan pada masa sama mengingatkan negara jiran itu agar mematuhi persefahaman yang telah dicapai.

"Kita melihat Indonesia sengaja mahu mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi terhadap tenaga kerja pembantu rumah dari negara itu dengan mengemukakan syarat baru yang lebih menguntungkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini.
 
kan dah kata. wayang je sumer. nak tunjuk prihatin
 
pegi indon ingatkan selesai kes amah..
rupanya diorang lagi berani demand..
tiba2 nak jadi hero bagi jaminan..
memang boleh masuk slot akasia..:))
 
pegi indon ingatkan selesai kes amah..
rupanya diorang lagi berani demand..
tiba2 nak jadi hero bagi jaminan..
memang boleh masuk slot akasia..:))

Lakonan semata2. Amik peluang jadi hero atas isu semasa yg hangat. Pemimpin yg hanya tau bermuka2.

Dulu pegi Indon kata dah selesai. Tapi hanya satu penipuan.
 
hidup umno!!! hidup umno!!! hahahahahaha
 
ambik amah dari Ukraine ker .. Uzbekistan ker .. or negara Timur Europe la kalo mahal mcm nih ..
 
rm700 untuk 1 tugas khusus memang mahal giler makin ramai amah bakal didera ada laa
 
Back
Top
Log in Register