BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Altay Bayindir Sah Sertai Manchester United

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1693502518923.jpg


| BMU - Petikan Kata |

Fred mengesahkan perpindahan Altay Bayindir ke Manchester United: “Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Altay apabila beliau pergi. Beliau akan menyertai pasukan yang hebat”. 🔴🇹🇷

"Altay akan sangat gembira di Manchester United", tambahnya.

🩺 Bayindir menghabiskan tiga hari terakhir di Manchester untuk menyelesaikan pemeriksaan perubatan.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1693618209963.jpg
FB_IMG_1693618212211.jpg


|BMU-RASMI |

Manchester United telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menandatangani penjaga gol Turki, Altay Bayndir dari Fenerbahce.

Altay Bayindir dilaporkan telah dibeli dengan harga sekitar enam juta euro.

"Altay Bayindir telah menyertai Manchester United dengan kontrak yang akan berlangsung sehingga Jun 2027 dengan pilihan untuk lanjutan setahun,"ujar kenyataan rasmi kelab.

“Adalah satu penghormatan besar untuk menyertai Manchester United dan menjadi pemain Turki pertama yang mewakili kelab luar biasa ini,” kata Altay Bayindir di laman web rasmi Manchester United.

“Saya mempunyai keinginan untuk berjaya dan saya akan memberikan segalanya untuk membantu para pemain hebat disini mencapai cita-cita kami,”.

#BMU03
 
FB_IMG_1693618438511.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Beberapa jam selepas diumum sebagai penjaga gol baharu United, Altay Bayindir telah turun dalam sesi latihan bersama rakan sepasukan baharunya 🧤

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1694712708043.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Manchester United akan kehilangan khidmat penjaga gol utama, Andre Onana sekiranya dia memutuskan untuk menyertai Cameroon ke Piala Negara-Negara Afrika 2023 di Ivory Coast pada 13 Januari 2024 nanti.

Onana akan terlepas 4 perlawanan Liga Perdana dan sekiranya layak ke pusingan seterusnya berkemungkinan 2 perlawanan Piala FA, 2 perlawanan Piala Carabao serta pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara.

Pada waktu itu, United hanya boleh bergantung harap dengan Altay Bayindir yang tiada pengalaman bola sepak Inggeris dan masih belum membuat sebarang penampilan bersama United.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1695622347961.jpg


DEBUT ALTAY BAYINDIR ?

Penjaga gol Man United Altay Bayindir dijangka akan membuat penampilan pertamanya bersama United..

United akan melayan kunjungan Crystal Palace dalam kejohanan Carabao Cup di Old Trafford..

United adalah juara bertahan Carabao Cup yang dimenangi musim lepas..

#AMU12
 
FB_IMG_1696346642945.jpg


[ BMU - Pra Perlawanan ]

Perkembangan terkini skuad Manchester United menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Galatasaray seperti yang dimaklumkan oleh Erik Ten Hag dalam Sidang Media Pra Perlawanan semalam.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696432719383.jpg


[ BMU - Pasca Perlawanan ]

Terdahulu ketika sidang media pra perlawanan pada tempoh hari, Erik Ten Hag memaklumkan bahawa dia sangat gembira dengan penjaga-penjaga gol Manchester United sambil memberitahu mengapa Altay Bayindir tidak bermain dalam perlawanan Piala Carabao menentang Crystal Palace sedangkan peminat-peminat meramalkan penjaga gol kedua United itu akan diberikan peluang untuk tampil buat kali pertama bersama The Red Devils.

Ten Hag telah ditanya tentang pemain kelahiran Turki itu semasa sidang media tersebut.

"Kamu akan dapat melihat aksinya (jika Bayindir diberikan peluang untuk bermain). Kami memilih untuk menyenaraikan Andre semasa menentang Crystal Palace dalam saingan Piala Carabao kerana perlu menyesuaikan diri dengan standard bola sepak Inggeris," jelas Ten Hag.

"Jadi, itulah sebabnya kami menurunkan Andre untuk bermain dalam perlawanan tersebut dan setiap peluang harus dimanfaatkan oleh beliau dengan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama kami juga memantau perkembangan Altay. Dia memberikan respon yang sangat baik dalam latihan dan kini semakin berkembang maju. Kami sangat gembira serta yakin kedua-dua penjaga gol menepati kehendak kami dan mampu memikul tugas yang diberikan kepada mereka."

Pagi tadi, ramalan peminat berkenaan penyenaraian Bayindir dalam kesebelasan utama pasukan sekali lagi dinafikan. Lebih memburukkan keadaan apabila Onana tidak bermain dengan baik dan menjadi punca kepada gawang United dibolosi.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1700458185723.jpg


Altay Bayindir debut vs Everton ?

Kecederaan Onana mungkin tidak serius, dan dikhbarkan boleh di senaraikan perlawanan United seterusnya..

Tapi sekiranya diberikan peluang kepada Bayindir untuk penampilan pertamanya di EPL mungkin inilah masanya, ketika dia beraksi baik dalam kemenangan menentang Jerman baru ni..
 
FB_IMG_1700668128307.jpg


| BMU - Petikan Kata |

Vincenzo Montella (Jurulatih Turki): "Beliau [Altay Bayindir] bermain dengan sangat baik dalam perlawanan menentang Jerman dan Wales. Beliau seorang penjaga gol muda dan saya berharap beliau boleh mendapat banyak lagi pengalaman di United.

Semoga beliau boleh bermain, yang akan memberinya lebih banyak pengalaman dan membolehkan beliau menjadi lebih baik apabila beliau kembali bersama kami."

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
Back
Top
Log in Register