[ BMU - Pasca Perlawanan ]
Terdahulu ketika sidang media pra perlawanan pada tempoh hari, Erik Ten Hag memaklumkan bahawa dia sangat gembira dengan penjaga-penjaga gol Manchester United sambil memberitahu mengapa Altay Bayindir tidak bermain dalam perlawanan Piala Carabao menentang Crystal Palace sedangkan peminat-peminat meramalkan penjaga gol kedua United itu akan diberikan peluang untuk tampil buat kali pertama bersama The Red Devils.
Ten Hag telah ditanya tentang pemain kelahiran Turki itu semasa sidang media tersebut.
"Kamu akan dapat melihat aksinya (jika Bayindir diberikan peluang untuk bermain). Kami memilih untuk menyenaraikan Andre semasa menentang Crystal Palace dalam saingan Piala Carabao kerana perlu menyesuaikan diri dengan standard bola sepak Inggeris," jelas Ten Hag.
"Jadi, itulah sebabnya kami menurunkan Andre untuk bermain dalam perlawanan tersebut dan setiap peluang harus dimanfaatkan oleh beliau dengan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama kami juga memantau perkembangan Altay. Dia memberikan respon yang sangat baik dalam latihan dan kini semakin berkembang maju. Kami sangat gembira serta yakin kedua-dua penjaga gol menepati kehendak kami dan mampu memikul tugas yang diberikan kepada mereka."
Pagi tadi, ramalan peminat berkenaan penyenaraian Bayindir dalam kesebelasan utama pasukan sekali lagi dinafikan. Lebih memburukkan keadaan apabila Onana tidak bermain dengan baik dan menjadi punca kepada gawang United dibolosi.
#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited