BTC USD 82,749.6 Gold USD 4,171.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alonso membara

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
kosmo_logo2.gif

21 September 2010

Alonso membara

LONDON - Pemandu Ferrari, Fernando Alonso mengakui, dia perlu menamatkan baki perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dalam kelompok tiga terbaik jika berhasrat bergelar juara dunia.

Bahang perebutan gelaran juara dunia kini semakin terasa lebih-lebih lagi hanya terdapat baki lima perlumbaan sahaja dengan jumlah 125 mata yang perlu direbut.

Ketika ini, hanya lima pemandu sahaja yang bersaing memburu kejuaraan dunia dengan menyaksikan pemandu Red Bull, Mark Webber muncul sebagai pendahulu keseluruhan.

Alonso yang berada di tangga ketiga kini hanya ketinggalan 21 mata di belakang Webber (187 mata) manakala tempat kedua menjadi milik pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton yang mengumpul 182 mata.

Kini hanya 24 mata sahaja yang menjadi jurang kepada kelima-lima pemandu tersebut dan Alonso mendapati dirinya berada di tengah-tengah dengan jarak 21 mata di bela- kang pemimpin kategori pemandu, Mark Webber.

Bagaimanapun, bukan kategori pemandu sahaja yang menjadi ukuran, malah tiga pasukan teratas turut merebut gelaran kategori pengeluar dengan Ferrari di tempat ketiga (60 mata) di belakang Red Bull.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dihuni rakan sepasukan Hamilton, Jenson Button dan Sebastian Vettel daripada Red Bull.

"Walaupun tidak mencatat kemenangan di atas podium dalam satu atau dua perlumbaan, ia sudah cukup sukar.

"Persaingan kini sedang berlegar di kalangan lima pemandu dan setakat ini, semuanya masih sama.

"Kami fokus dalam menjalankan tugas masing-masing dan kami akan lihat sama ada ia cukup atau tidak sehingga ke akhir musim.

"Setiap pasukan akan memberi komitmen seratus peratus kepada kedua-dua pemandu mereka. Felipe (Massa) dan saya akan berbuat demikian termasuk McLaren dan Red Bull," jelas Alonso. - Agensi
 
ingatkan berita pasal alonso cg td..hehe:D
 
5 litar terakhir tidak memihak kepada Ferrari dan Mclaren tetapi sesuai untuk Red Bull. Red Bull akan lebih pantas di litar berliku kerana aerodynamic down force yang baik berbanding Ferrari dan Mclaren yang bergantung dengan sistem F-Ducting. Mark Webber diramal juara jika tidak kemalangan atau faktor2 lain.
 
Back
Top
Log in Register