BTC USD 83,378.7 Gold USD 4,118.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ALONSO konfiden tahun ni.

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531



PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso menegaskan bahawa beliau akan berjuang hingga ke akhir perlumbaan bagi merealisasikan misi mereka memburu kejuaraan dunia perlumbaan Formula One (F1) musim ini.

Beliau turut percaya bahawa dirinya masih berpeluang untuk memenangi kejuaraan tersebut yang berbaki dua perlumbaan walaupun ketinggalan 10 mata di belakang Sebastian Vettel.

"Saya yakin, dengan 10 mata di belakang Vettel peluang saya diibaratkan seimbang iaitu 50-50.

"Memang kami tidak cukup pantas, ini adalah benar dan kita tahu ini, tapi kami akan berjuang hingga akhir perlumbaan," kata Alonso.

Vettel kini memungut 255 mata berbanding Alonso 245 mata manakala Raikkonen di tangga ketiga keseluruhan iaitu dengan 198 mata.

Alonso yang merupakan juara dunia dua kali bukan sahaja mahu mengulangi pencapaiannya itu tetapi dia juga sedang berusaha menafikan hajat Vettel untuk muncul sebagai pemandu muda pertama dalam sejarah F1 merekodkan kejuaraan dunia sebanyak tiga kali berturut-turut.

"Saya yakin seratus peratus akan memenangi gelaran ini, ia lebih yakin apabila saya melakukan masa yang bagus masa perlumbaan GP Abu Dhabi.

"Jadi, dengan baki dua perlumbaan terakhir, kami akan cuba menyekat kemaraan Vettel dan musnahkan misinya," jelas Alonso yang percaya Ferrari adalah pasukan terbaik dari segi strategi dan operasi dan berharap ini akan memberinya kelebihan.

Sementara itu, pelumba Red Bull, Vettel berkata: "Kami mempunyai sebuah kereta yang sangat baik pada masa ini, pasukan ini sangat hebat, semua orang sedang menikmati masa ini."

"Saya tidak sabar untuk perlumbaan seterusnya, kita mempunyai peluang yang hebat cuma Ia terpulang kepada kita sama ada berjaya ataupun tidak," katanya.

Tinggal lagi dua peringkat perlumbaan iaitu di Amerika Syarikat dan Brazil.


Kedudukan pemandu mengikut mata dikumpulan selepas 18 perlumbaan:

1 Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 255
2 Fernando Alonso Ferrari 245
3 Kimi Räikkönen Lotus- Renault 198
4 Mark Webber Red Bull Racing-Renault 167
5 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 165
6 Jenson Button McLaren-Mercedes 153
7 Felipe Massa Ferrari 95
8 Nico Rosberg Mercedes 93
9 Romain Grosjean Lotus-Renault 90
10 Sergio Perez Sauber-Ferrari 66
11 Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 58
12 Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 49
13 Paul di Resta Force India-Mercedes 46
14 Pastor Maldonado Williams-Renault 43
15 Michael Schumacher Mercedes 43
16 Bruno Senna Williams-Renault 30
17 Jean-Eric Vergne STR-Ferrari 12
18 Daniel Ricciardo STR-Ferrari 10
19 Timo Glock Marussia-Cosworth 0
20 Heikki Kovalainen Caterham-Renault 0
21 Vitaly Petrov Caterham-Renault 0
22 Jerome D'Ambrosio Lotus-Renault 0
23 Charles Pic Marussia-Cosworth 0
24 Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 0
25 Pedro de la Rosa HRT-Cosworth 0



Pemenang Grand Prix Tahun 2012 Setakat ini:

Australia - 18/03/2012 Jenson Button
Malaysia - 25/03/2012 Fernando Alonso
China - 15/04/2012 Nico Rosberg
Bahrain - 22/04/2012 Sebastian Vettel
Sepanyol - 13/05/2012 Pastor Maldonado
Monaco - 27/05/2012 Mark Webber
Kanada - 10/06/2012 Lewis Hamilton
Europah - 24/06/2012 Fernando Alonso
Britain - 08/07/2012 Mark Webber
Jermany - 22/07/2012 Fernando Alonso
Hungary - 29/07/2012 Lewis Hamilton
Belgium - 02/09/2012 Jenson Button
Itali - 09/09/2012 Lewis Hamilton
Singapura - 23/09/2012 Sebastian Vettel
Jepun - 07/10/2012 Sebastian Vettel
Korea - 14/10/2012 Sebastian Vettel
India - 28/10/2012 Sebastian Vettel
Abu Dhabi - 4/11/2012 Kimi Räikkönen
AS - 18/11/2012 -
Brazil - 25/11/2012 -
 
alonso dah tua dah. Bawak pun mcm berkarat je. :">

elok lah retired. [STRIKE]Tukar profesion jadi penulis gossip lak. :))[/STRIKE]
 
konpiden je 'alonso' ni
 
SV xkan bg peluang mudah. ketahanan jentera pun faktor penting
 
aku konpiden alonso tak boleh jadi juara
 
chezy alonso sponsor utama pasukan ferrari thn dpn..:D
 
harap alonso mng thn ni...tgk la semangat juang dia cmner...ferrari wpun kete slow, ttp dia dpt no 2....

dr segi kelajuan mc laren n red bull lg laju....tgk qualify pn da tau....ferrari nk dpt top 4 pn pyh....

hopefully alonso mng...haha....minat ferrari dlu kini dan selamanya....
 
Back
Top
Log in Register