BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah yang tetapkan harga barang?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Allah yang tetapkan harga barang, kata menteri Umno
9 Dec 2017


hamzah_zainudin_kpdnkk_tmikamal_03__full.jpg


AHLI Majlis Tertinggi Umno Hamzah Zainuddin berkata pemimpin Umno mengikut tuntutan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad agar tidak mencampuri hak pasaran bebas berhubung ketetapan harga barang.

Hamzah membangkitkan isu tersebut untuk mempertahankan tindakan kerajaan dalam isu kenaikan harga barangan keperluan pengguna akan menjadi antara isu utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memetik sepotong hadis Riwayat Abu Dawud berhubung rayuan oleh pengikut baginda ketika itu agar Nabi menetapkan harga barangan di Madinah.

“Jawab Baginda, 'Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah yang memberi rezeki.

“'Sungguh aku berharap aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta',” katanya, memetik hadis disampaikan Anas bin Malik.

Dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-17 hari ini, Hamzah seterusnya menyimpulkan tindakan pemimpin kerajaan hari ini sudah selari dengan tuntutan baginda.

“Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kita sekarang, apa yang dilakukan oleh pemimpin kita sekarang, adalah sesuatu yang menyamai apa yang dituntut oleh Rasulullah untuk tidak mencampuri hak pasaran bebas di negara kita,” katanya

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna itu menjelaskan, perdana menteri yang juga Presiden Umno Najib Razak menggunakan konsep keadilan Islam dengan memberikan subsidi terhadap barangan keperluan asas.

Katanya, langkah itu dijalankan agar kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat walaupun kerajaan memperuntukkan RM2 bilion setahun untuk merealisasikan rancangan itu.




Pengguna Internet kecam kenyataan menteri mengenai kenaikan harga barang
10 Dec 2017


PENGGUNA media sosial terkejut dengan kenyataan menteri Kabinet yang peningkatan kos sara hidup adalah kehendak Allah, dengan mengatakan pemimpin Malaysia sedang menyalahkan Tuhan sekarang bagi menutup kekurangan mereka.

Kebanyakan pengguna Twitter dan Facebook tergamam dengan ucapan dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hamzah Zainuddin pada perhimpunan agung Umno semalam, yang memetik hadis.

Seorang pengguna lagi Facebook, Lee Tai Wah berkata: "Apabila berlaku sesuatu yang salah, ia salah Tuhan. Betapa mudah dan *****! "

Sementara itu, Anthony Pereira berkata adalah salah untuk menjadikan Tuhan "kambing hitam" bagi ke*****an manusia.

Hamzah yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, juga berkata hadis menunjukkan tindakan kerajaan berdasarkan apa yang diajar oleh Nabi, yang tidak mengganggu pasaran bebas sesebuah negara.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil juga mengatakan menteri memanipulasi agama untuk membendung kekecewaan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata Hamzah sepatutnya meletak jawatan sebagai menteri dan mendesak pakar agama membetulkan kenyataannya untuk memastikan agama tidak digunakan untuk melindunginya.

"Kekayaan negara telah diambil oleh kroni pemimpin negara dan rakyat terpaksa membayar hutang negara. Jadi siapa yang menguruskan ekonomi negara? Najib atau Tuhan?" Kata Faiz.



Jangan ambil hadis secara literal, Allah tak benarkan monopoli
9 Dec 2017


SESUATU hadis, tidak cukup dilihat pada literal hadis tanpa diperhatikan sama dari sudut konteks hadis.

Ekoran itu, antara masalah besar pada kalangan IS, apabila mereka melakukan tindakan zalim dengan merujuk kepada Hadis dari sudut literal sahaja, tanpa diperhatikan kepada konteks hadis.

Contohnya, orang IS melihat ayat atau hadis perang secara literal, tanpa diperhatikan konteks ayat atau hadis perang itu. Makanya tidak hairan, dalam negara yang aman, ayat atau hadis perang digunakan untuk halalkan tindakan membunuh dan bertindak sehingga memberi implikasi bahawa Islam terfitnah sebagai agama keganasan, walhal Islam tidak begitu. Justeru, ia bercanggah dengan Maqasid Syariah yang mengajar bahawa sesuatu ayat dan hadis, pasti pengamalannya memberi implikasi kebaikan kepada manusia.

Demikian juga melihat hadis berkenaan penetapan harga barang, yang dinyatakan bahawa Allah yang menetapkan harga. Hadis ini, dari sudut konteks hadis, andai tidak ada kaitan dengan monopoli. Namun, jika ada kaitan dengan monopoli dan permainan harga dari golongan kapitalis, ia tidak termasuk dalam maksud hadis.

Saya kira, Umno jangan mengambil pendekatan IS dalam menafsirkan ayat Quran atau hadis dalam menghalalkan tindakan Mereka yang tidak benar. Yang mereka perlu sedar bahawa mustahil agama Islam membenarkan tindakan yang membebankan rakyat.

Wallahu A'lam.
 
sesuai k d letak dalam thread agama.....

nnti ada yang jawab dalam konteks politik...

Ok..ni aku jawab dari pandangan aku yang daif tentang agama kita.....Islam..agama ku...

Jika berlaku sesuatu yang buruk atau baik..memang sudah ketentuan Allah...Allah lebih tahu apa yang sepatutnya berlaku...redha dengan ketentuan Allah...

Namun sebelum redha dan tawakal kepada ketentuan Nya..kena tengok dulu apa usaha pemimpin yang mempunyai kuasai melakukan kepada pasaran...Jika pemimpin bersungguh-sungguh untuk menurunkan harga barang dengan mensasarkan 'taiko' yang mengawal barangan tersebut...baru kita menerima ketentuan ini datang dari Allah...

tapi kalo sebaliknya.....mereka yang mempunyai kuasa ini apa dia buat untuk selesaikan masalah....adakah dengan target peruncit bawahan @ bilis sebagai keutamaan buat kerja...sdgnkan 'taiko' d atas sewenanangnya menekan peruncit...dan akhirnya mereka @ peruncit ini juga tidak mampu mengawal kenaikan harga barang....

jadi siapa yang harus di persalahkan....

mana percaturan menteri yang bijak dengan GST seperti di janjikan....mana????

adakah dengan menukar tugas...boleh melupa kan segala janji....

Ini lah yang di katakan menggunakan agama untuk melepaskan diri...seterusnya non-muslim melihat agama islam menyuruhnya buat begitu....

hakikat sebenarnya....terlalu bahaya kenyataan ini...bimbang membawa kepada kemunafikan orang ramai....

mana orang2 islam...bila kita d tindas...Allah tidak membiarkan kita memeluk tubuh sahaja..perlu bangun menentang...guna kan kuasa anda untuk menukar....

kan dah masuk politik....padahal agama dan politik itu bersatu...manusia lah yang memecahkan nya.....
 
skg nir tgk berita atau baca berita xtau la nk nangis ke gelak :mad::mad::eek::eek:
 
ikat dia kat landasan keretapi sambil bisik kat telinga dia "mati adalah ketentuan Allah". :">:">:">
 
Back
Top
Log in Register