BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Maha Besar!!

masida

Fun Poster
Messages
517
Joined
Aug 2, 2007
Messages
517
Reaction score
46
Points
20
Tanda kalimah "Allah" di perut katak puru

NewPicture.png


KALIMAH ALLAH ... Mohd Hafizan Mohd Hisham, 7, dari Kampung Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani menunjukkan katak puru yang mempunyai corak badan seolah-olah kalimah "Allah" di bawah perutnya di rumahnya di sini, hari ini. -foto BERNAMA
ALOR STAR: Seekor katak puru yang mempunyai tanda menyerupai kalimah "Allah" di bahagian perutnya ditemui oleh seorang pekebun di kawasan rumahnya di Kampung Batu 8 Jalan Alor Star-Sungai Petani.
Mohd Hisham Md Isa, 34, berkata beliau menyedari keanehan pada katak itu selepas isterinya, Nurul Atikah Abdullah, 35, menunjukkan haiwan itu yang selalu bersembunyi di sebalik beg poli di kebun mereka.
Katanya katak itu sering memasuki kebun dan beliau selalu membuangnya ke sebatang sungai berhampiran tetapi ia akan datang semula ke tempat yang sama di tepi beg poli itu.
Beliau berkata bentuk tulisan pada katak itu hanya disedari setelah anaknya, Mohd Hafizan, 7, mengacukan katak itu beberapa kali ke muka isterinya.
Mohd Hisham berkata beliau tidak berhasrat memberikan katak itu kepada sesiapapun dan tidak lagi mahu membuangnya.
"Sebelum ini kami sering melihat di akhbar tentang penemuan haiwan dan tumbuhan pelik tetapi yang ini berlaku depan mata kami sendiri," katanya. BERNAMA
 
takleh nak komen.

tengok jer. ! :-?
 
apsal aku cam tak berapa nmpak la....
 
baik kita berhati-hati dgn simbol-simbol keagungan ALLAH SWT.takut wujud seronok (hanya disbbkn kias-kias) drp keinsafan.patut kaji balik tayangan benda-benda pelik macam ni.iman tetap kena kukuh walau tak tgk benda-benda mcm ni.andai kata simbol ini hanya semulajadi dan tak ada apa-apa makna...tak kah berdosakah kita!
 
tanda2 peringatan dah banyak sekarang..
ada makna tuh kalau dah mula jumpa bebenda camnie...
 
Back
Top
Log in Register