Salam,
Setelah dilihat dan dibaca, terimakasih diucapkan pada TT dan warga CG yg membahaskan dlm thread ini.
Lebih menarik lagi kalau dibahaskan...ALLAH ni ada ke???
Kalau xde kita stop kat sini je lah, xperlu cerita dia duduk dimana
Kalau ada.....cam mana sifat dan zatNya, apakah indikator dan method akan keberadaNya (harap jangan rujuk pada Quran dan kitab2 lain dulu...kalau tuhan dah ada baru leh refer pada kitab2) maklumlah disini pembaca dari kalangan agama lain pun ada....Mohon dibahaskan dari sudut falsafah dahulu (Iman Ghazali mengharamkan falsafah..tetapi pada akhir2 hayat beliau membenarkan)
Setelah pembuktian dari falsafah dan borhan2nya, kita minta pandangan dan ulasan keberadaan ALLAH dari kaca mata....Sunni/Imammah/Wahabi (maklumlah di sini nampaknya ada pelbagai mazhab)supaya terang dan nyanta
Marilah kita ambil persamaanya dan buanglah perbedaannya, anggaplah kita melihat pokok rambutan, kelapa,durian,anggur dll, kita tidak akan melihat tingginya akan pokok itu,warna,bentuk dan daunnya.....kita melihat itu adalah pokok.
Teruskan, semuga perbahasan tuan2 boleh memberi pengetahuan utk saya buat kajian dan memikirkanya,kerana Allah memberikan akal utk berfikir, kerana akal tidak akan membohongi kita (kalau kita melihat warna merah pasti akal akan mengatakan merah)
Wslm