BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

DI MANA ALLAH ?

Soalan : Assalamualaikum,Ustaz, saya nak tanya, apakah persoalan 'di mana Allah' itu termasukdalam perkara cabang?dan bagaimana pula dengan aqidah orang kebanyakan(orang awam) yang tidak langsung mengetahui mengenai perkaraini(samada persoalan Allah itu ada di mana mana / Allah bersemayam diarash)?
Jawapan :
Perkara tentang Allah tidak harus sesiapa pun memandai-mandai tentangnya. Jawapan yang soheh bagi segala persoalan tentang Allah ialah yang terbit dari al-Quran dan al-Hadith. Termasuklah persoalan "Di mana Allah?". Kita tidak boleh menjawab dengan hanya logik akal, sebaliknya hendaklah menjawab dengan jawapan yang diberikan al-Quran dan Hadith. Persoalan "Di mana Allah?" bukan persoalan cabang kerana ia disentuh oleh banyak ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w.. Kerana itu persoalan tersebut wajib dipelajari oleh umat Islam dengan mengetahui jawapannya dari penjelasan al-Quran dan as-Sunnah, bukan penjelasan ahli falsafah atau ahli kalam kerana aqidah Islam terasnya adalah wahyu, bukan akal atau ramalan atau rasa hati.

Wallahu a'lam.
 
Betul tue. kang klu bincang ikut logik sendiri nt membayangkan Allah tue ade penyerupaan plak..

klu dpt bagi kat mana perkara ni byk disentuh dlm alquran dan hadits lg bagus.. dgn tafsirannya sekali.. tp cari pakcik google pun byk agaknya..
 
adakah ayat ini menunjukkan Allah mempunyai tangan?minta penjelasan sikit

kalau dalam al-quran Allah sendiri yang menyatakan Dia mempunyai tangan, kenapa kamu nak nafikan. memang tangan Allah tidak sama dengan tangan mahluk.
============================================================

12 – al-Wajhu (Wajah), al-Yadaani (Dua Tangan) Dan al-‘Ainaani (Dua Mata)

Ini adalah sifat-sifat dzatiyah Allah sesuai dengan keagungan-Nya. Allah s.w.t. berfirman:
وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
Dan tetap kekalah Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan (ar-Rahman 55: 27)
وَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا إِلَهَ إِلا هُوَ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (٨٨)
Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah... (al-Qashah 28: 88)

Dua ayat tersebut menekankan wajah untuk Allah. Kita menetapkannya untuk Allah s.w.t. sesuai dengan keagungan-Nya sebagaimana Dia sendiri menetapkan untuk-Nya. Dan Allah s.w.t. berfirman:
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ
(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki... (al-Ma’idah 5: 64)
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ (٧٥)
...apakah yang menghalangmu daripada sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua tangan-Ku... (Shaad 38: 75)

Dua ayat tersebut menetapkan dua tangan Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t. berfirman:
فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا
...maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami... (at-Thur 52: 48)

Maksudnya adalah “berada dalam penglihatan dan penjagaan Kami”.
تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا
Yang belayar laju dengan pemeliharaan kami... (al-Qamar 54: 14)

Maksudnya adalah “dalam penglihatan Kami dan di bawah pemliharaan Kami”.
وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
...dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Thaha 20: 39)

Disebutkan lafaz ‘ain (mata) dan a’yun (beberapa mata) sesuai dengan apa yang disandarkan kepadanya, berbentuk tunggal atau jamak sesuai dengan ketentuan bahasa Arab.

Dan disebutkan dalam sunnah yang suci sesuatu yang menunjukkan makna tatsiniyah (dua). Rasul s.a.w. bersabda bersabda ketika menyifati Dajjal yang mengaku sebagai tuhan,

أنه أعو، وإن ربكم ليس بأعور
“Sesungguhnya dia adalah buta sebelah, dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta sebelah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini jelas, bahawa maksudnya bukanlah menetapkan satu mata, kerana mata sebelah jelas cacat (buta). Maha Suci dari hal yang demikian. Maka dalam ayat-ayat dan hadits tersebut terdapat penetapan terhadap dua mata bagi Allah, sesuai dengan apa yang layak bagi keagungan-Nya sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain.

Last edited:
kalau dalam al-quran Allah sendiri yang menyatakan Dia mempunyai tangan, kenapa kamu nak nafikan. memang tangan Allah tidak sama dengan tangan mahluk.
============================================================

Maksud saudara Allah memiliki tangan??

Ini jelas, bahawa maksudnya bukanlah menetapkan satu mata, kerana mata sebelah jelas cacat (buta). Maha Suci dari hal yang demikian. Maka dalam ayat-ayat dan hadits tersebut terdapat penetapan terhadap dua mata bagi Allah, sesuai dengan apa yang layak bagi keagungan-Nya sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain.
Maksud saudara Allah punyai 2 mata??
 
Jap!! knp dgn surah hud ayat 114?? ada makna tersirat ker..

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (surah Hud ayat 114)

solat yg dimaksudkan ialah solat wajib dua bahagian siang (pagi n petang) maknanya solat subuh, zuhur n asar.. yg malam tue maghrib n isyak... ke da membawa makna lain..

aku tanya TT laa..:)..tapi bagus juga ko tolong jawabkan..:)paid..aku saja tanya..untuk tengok..

ps: aku dah kata sebelum nih..kalu aku tanya maka akan dituduh macam2..terbaru anti hadis :))...
 
bahaya jugak sahabat kita...
bila amik terjemahan bulat2 dan tafsir ikut sedap ...

bukan tafsir tapi takwil ikut sedap..kalu tafsir mesti berasaskan ilmu..:D
 
Back
Top
Log in Register