BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

bab solat ni dah jelas, 5 waktu sehari semalam, yang kau tanya benda-benda yang dah jelas ni kenapa, kau nak kurangkan ke ?

ada mana2 ayat al-quran kata "bersolatlah kamu 5 waktu sehari semalam"..ada tak? cuba mung royak surah mane?:-?:-?
 
sebelum tu cuba jawab.. LANGIT dengan ARASY ni sama ker?

cuba perhatikan ayat nie.. yang anda sendiri POST

Pertama; di dalam surah al-A’raaf:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; (al-A’raaf 7: 54)

ni pun AL-QURAN kata.. bukan saya KATA...

langit dan arasy tidak sama,langit ada tujuh lapis, arasy terletak di atas langit ketujuh.
 
ada mana2 ayat al-quran kata "bersolatlah kamu 5 waktu sehari semalam"..ada tak? cuba mung royak surah mane?:-?:-?
ni dah mula beng.NGONG ni, kamu anti hadis ke ? bab solat kita kena solatlah kamu sebagaimana Rasulullah bersolat.
 
ni dah mula beng.NGONG ni, kamu anti hadis ke ? bab solat kita kena solatlah kamu sebagaimana Rasulullah bersolat.

apa kamu pun nak menentang ayat nih juga ke..kata beriman pada al-quran
Quote:
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (surah Hud ayat 114)
:)
 
Last edited:
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (67:1)

adakah ayat ini menunjukkan Allah mempunyai tangan?minta penjelasan sikit
 
apa kamu pun nak menentang ayat nih juga ke..kata beriman pada al-quran
:)

Jap!! knp dgn surah hud ayat 114?? ada makna tersirat ker..

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (surah Hud ayat 114)

solat yg dimaksudkan ialah solat wajib dua bahagian siang (pagi n petang) maknanya solat subuh, zuhur n asar.. yg malam tue maghrib n isyak... ke da membawa makna lain..
 
adakah ayat ini menunjukkan Allah mempunyai tangan?minta penjelasan sikit

surah almulk ayat 1
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (67:1)

dengan makna lain..

Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas sesuatu

Pada zaman dulu dh byk orang membicarakan hal2 mcm nie dikalangan ahli ilmu kalam.. n ada diantara sebahgian ahli ilmu kalam nie dicela oleh ulama n arifbillah terdahulu..

Allah itu mendengar, berkata2, melihat.. perkara ni kita hanya wajib beriman.. x boleh dibahaskan sama sekali kerana boleh menjadikan kita mebuat penyerupaan Allah n Makhluk.. Ingt wlupun kita hnya membayangkan dalam fikiran, pada Allah itu adalah terzahir.. Allah mengetahui segala yg tersembunyi..

malah ada kalangan ulama dahulu mengatakan iman orang awam tue lebih baik dr sebilangan ahli ilmu kalam..

Hnya Allah lebih mengetahui..
 
Last edited:
Pasal kedua : Tentang cara beransur-ansur memberi petunjuk dan susunan tingkatan kei'tiqadan

Ketahuilah kiranya, bahawa apa yang telah kami sebutkan itu memgenai penjelasn aqidah, maka sewajarnyalah didahulukan kepada anak2 pada awal pertumbuhannya. supaya dihafalnya dengan baik. kemudian senantiasa terbuka pengertiannya nanti sedikit demi sedikit sewaktu dia tela membesar.

jadi, permulaan dengan menghafal, kemudian memahami, kemudian beri'tiqad, menyakini dan membernarkan. dan yang demikian termasuk hal yang berhasil pada anak2 dengan tidak memerlukan dalil.

maka diantara kurniaan Allah ta'ala dalam hati manusia ialah bahawa terbukanya pada awal kejadiannya, keapada iman tanpa memerlukan alasan dan dalil. bagaimana yg demikian itu dapat dibantah? seluruh itiqad orang awam, permulaanna adalah ajaran dan taqlid semata2.

memang itiqad yg hasil dengan semata2 taqlid, tidak luput pada mulanya dari kelemahan, dengan pengertian mungkin hilang bila datang lawannya. dari itu harus dikuatkan dan ditetap-teguhkan dalam jiwa anak2 dan orang awam, sehingga meresap tidak bergoyang lagi..

jalan menguat dan menetapkannya, tidaklah dengan mengajar dengan cara berdebat dan berilmu kalam. tetapi adalah dengan membayakkan membaca AlQuran serta tafsirnya, membaca hadis dan pengertiannya dan mengerjakan dengan bersungguh2 segala mcm ibadah. dengan demikian itiqad itu sentiasa bertambah meresap dengan dalil Al quran dan hujjahnya, yang mengetok anak telinga nya dan dengan kesaksian hadis dan faedah2 yang terkandung didalamnya. dan dengan sinar nur gemilang dari segala ibadah dan tugas2nya. dan dengan mejalarkepadanya, dari menyaksikan orang2 salih dan duduk dengan mereka, tanda, ppendengaran, dan sikap mereka, pada merendahkan diri, takut dan ketetapan hati kepada Allah.

maka adalah permulaan ajaran keimanan itu, laksana penyebaran benih ke dalam dada. dan sebab2 yang tersebut tadi adalah peniraman dan pemeliharan benih itu. sehingga tumbuh benih itu kuat dan tinggi menjadi sepohon kayu yang baik, kuat, urat tunggangnya dibumi dan cabangnya di langit.

dan hendaklah pendengaran anak itu dijaga dengan sebaik baiknyadari berbantah dan berilmu kalam sebab kekacauan yang ditimbulkan oleh perdebatan itu lebih banyak daripada pendidikan yang dihasilkan. dan apa yang dirusakkanya adalah lebih banyak daripada diperbaikinya. Bahkan menguatkan iman keimanan dengan perdebatan itu menyerupai dengan memukul batang bayu dengan palu besi, kerana mengharap bertambah kuatnya dengan bertambah banyak bahagian2nya.
 
dan kadang2 perbuatan itu membinasakan dan merusakkan batang kayu itu. dan inilah yang banyak kejadiannya. kesaksian membuktikan demikian dengan tegas. dan ambiklah ia menjadi bukti yang dapat di persaksikan dengan mata.

maka ambillah perbandingan antara aqidah orang2 salih dan bertaqwa dari kebanyakkan manusia dengan aqidah orang2 ahli ilmu qalam dan perdebatan. Maka akan kita jumpai bahawa itiqad orang awam itu tetap seperti bukit yang tinggi, tidak dapat diumbang ambingkan oleh topan dan halilintar. dan aqidah ahli ilmu qalam yang menjaga aqidahnya dengan bermacam2 perdebatan, adalah seumpama seutas benang yang terlepas diudara ditiupkan angin kesana kesini. kecuali orang yg mendengar dalil itiqad dari ahli ilmu kalam, lalu di pegangnya secara taqlid. sebagaimana dipegangnya itiwad itu sendiri secara taqlid, kerana tak ade bedanya pada bertaqlid antara mempelajari dalil atau mempelajari itiqad tanpa dalil.. maka mempelajari dalil itu adalah satu hal, dan mencari dalil dengan pemikiran, adalah satu hal lain pula yang lebih jauh daripadanya.

seorang anak kecil apabila terjadi dalam perkembangan hidupnya diatas aqidah ini, jika dia berkecimpung dalam usaha dunia, maka tak terbuka baginya selain dari aqidah td. tetapi dia selamt di akhirat dengan aqidah ahli kebenaran itu. sebab agama itu sendiri tidak memberatkan kepada orang arab yang sederhana pengetahuannya, lebih banyak dari membenarkan dengan keyakinan akan yang jelas2 sahaja dari itiqad itu.

adapun pembahasan, pemeriksaan dan pengaturan dalil2 yang berat2 maka tidak sekali2 mereka itu diberatkan.

jika ia bermaksud untuk menjadi orang yang menuju kejalan ahirat dan mendapat pertolongan taufiq sehingga ia berbanyak amal amal, selalu bertaqwa, mencegah diri dari hawa nafsu, selalu melatih diri dan bermujahadah, niscaya terbukalah baginya pintu hidayah, tersingkap kepadanya segala hakikat dari awidah ini dengan nur ilahi yang dicurahkan dalam hatinya dengan sebab mujahada itu, untuk membuktikan atas janji Allah, dengan firmannya :

"dan mereka bermujahadah pda kami, sesungguhnya kami tunjukkan jalan kami kepada mereka, bahawasanya Allah itu beserta orang2 yang berbuat baik" al ankabut ayat69

itulah mutiara yang amat berharga, yang menjadi tujuan dari keimanan orang2 shidiq dan muqarrabin. dan kepadanyalah diisyaratkan, rahsia kebesaran yang terpendam dalam dada Abu Bakar Shidiq ra sehingga dia terpandang lebih mulia dari orang lain.

terbukanya satu rahsia itu, bahkan semua rahsia2 itu, mempunyai tingkat, menurut tingkat mujahadahnya, tingkat kebhatinan tentang kebersihan dan kesucian dari selain Allah dan tentang memperoleh cahaya dan nur keyakinan. dan yang demikian itu adalah seperti berlebih kurangnya pengetahuan manusia tentang rahasia ilmu kedokteran, ilmu fiqih, ilmu2 lain. karena berlainan yg demikian dengan berlainannya ijhtijad dan fitrah, tentang kecerdikan dan kepintara. maka sebagaimana tingkat itu tidak terhingga, maka begitulah ini..

salin semual dari kitab terjemahan ihya ulumiddin.. jilid satu muka surat 336.. untuk pengetahuan lebih lanjut anda digallakkan membelinya dimana2 kedai buku berhampiran..

segala kesilapan ejaan n yg lain2 harap dimaafkan..

Hnya Allah yang lebih tahu..
 
Back
Top
Log in Register