BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,164.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

copy paste.. :)


Imam Abu Hanifah ketika ditanya:



أرأيت لو قيل أين الله تعالى ؟ فقال - أي أبو حنيفة : يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء

Maksudnya: "Apa pendapatmu kalau kamu ditanya tentang di mana Allah?" Lalu Imam Abu Hanifah menjawab: "Dikatakan kepadanya bahawasanya Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat sebelum menciptakan tempat. Maka dia wujud sebelum wujudnya "di mana" it sendiri malah sebelum wujud sebarang makhluk. Allah s.w.t. yang Maha Pencipta bagi segala sesuatu…"
(Al-Fiqh Al-Absath, Himpunan risalah-risalah Imam Abi Hanifah yang ditahqiq oleh Imam Al-Kauthari m/s 25)


tamat copy paste..


nampaknya, kalau menurut rasul dahri, imam abu hanifah ni dah terpesong agaknyer...
 
kalau dah Allah kata begitu, begitulah tu.

Sesungguhnya Manusia itu boleh mendengar, burung-burung boleh mendengar, ikan dalam ertikata yang hampir sama juga boleh mendengar, lipas boleh mendengar tetapi adakah mereka mendengar dengan cara yang sama???

Kalau Allah mengatakan Dia berada di langit bumi setiap sepertiga malam terakhir setiap malam, siapakah yang dapat menyangkal bahawa Allah benar-benar hadir malah wujud di situ??? Beri hujjah anda jika kamu termasuk orang-orang yang benar.
 
kesilapan mereka2 itu ialah mengambil maksud ayat mutasyabihat dengan maksud zahir...


sekarang ni bagaimana anda mentafsirkan ayat al-quran yang berbunyi

" kullu syai in halikun illa wajhah..."

(setiap sesuatu akan binasa kecuali wajahNYA)..

sedangkan dalam ayat2 lain mengatakan allah s.w.t ada tangan... (sila rujuk al-quran)
 
sila perhatikan kata2 ulama tersohor ini...

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqollani (852 H) berkata:


استدل به من أثبت الجهة وقال هي جهة العلو ، وأنكر ذلك الجمهور لأن القول بذلك يفضي إلى التحيز ، تعالى الله عن ذلك

Maksudnya: Golongan yang cuba menetapkan tempat bagi Allah menggunakan hadith ini (hadith nuzul- allah turun ke langit bumi) sebagai hujah bahawa Allah bertempat di atas, sedangkan jumhur ulama' (iaitulah ahlus-sunnah kesemuanya) mengingkarinya kerana perkataan tersebut (Allah bertempat di atas) membawa maksud Allah itu mengambil ruang (bertempat) sedangkan Maha Suci Allah daripada tempat…"
(Fath Al-Bari 3/30)
 
pendapat saya...
terjemahan boleh dibaca..
tafsiran tu yg x boleh ditafsir oleh orang spt saya...

pendapat sy plak,

membaca terjemahan dan membaca tafsiran boleh dilakukan oleh sesiapa,

tetapi

membuat terjemahan dan membuat tafsiran hanya boleh dilakukan oleh org yg ahli dalam ilmu tersebut. :">:">:p:p:D:D
 
Maha Suci Allah dari sifat-sifat yang lemah, apatah lagi disamakan dengan makhluk. (Benar)

Ada pun manusia itu lemah, fahamnya pun terbatas. Maka apa-apa yang menadatangkan faham itu adalah benar selagi fahamnya tidak salah atau sesat.

"Abu adalah si tukang kayu yang handal, mengambil upah dengan kerja pertukangannya membina rumah, namun malangnya upah yang diterimanya tidak cukup untuknya membina rumah sendiri, jadi Abu masih belum mempunyai rumah, suatu hari Abu dapat duit yang banyak dan cukup untuknya membina rumahnya sendiri, dia pun membina rumahnya sendiri, apabila siap tiada siapa pun yang dapat menghalangnya masuk ke rumahnya sendiri"

Entahlah... faham boleh datang ke tidak?
 
pendapat sy plak,

membaca terjemahan dan membaca tafsiran boleh dilakukan oleh sesiapa,

tetapi

membuat terjemahan dan membuat tafsiran hanya boleh dilakukan oleh org yg ahli dalam ilmu tersebut. :">:">:p:p:D:D

betul juga ......

:)cgrock
 
ALLAH itu maha suci dri bertempat,juga maha suci dri xbertempat..
krn yg bertempat dn xbertempat itu adlh makhluk...bahkan tmpt itu jua adlh makhluk...:)
]ALLAh sgt dkt dgn kt jua sgt jauh....
dktnya ALLAH dgn kita xbertemu,jauhnya ALLAH dri kt xbrantara..
:-?

MAHA SUCI ALLAH DRI MENYERUPAI MAKHLUK...#:-S​

Kalau makhluk x bertempat mcm mana ya? :-?
 
ALLAH itu maha suci dri bertempat,juga maha suci dri xbertempat..
krn yg bertempat dn xbertempat itu adlh makhluk...bahkan tmpt itu jua adlh makhluk...:)
]ALLAh sgt dkt dgn kt jua sgt jauh....
dktnya ALLAH dgn kita xbertemu,jauhnya ALLAH dri kt xbrantara..
:-?

MAHA SUCI ALLAH DRI MENYERUPAI MAKHLUK...#:-S​

Allah itu maha suci dari bertempat bermakna Allah s.w.t. memang tidak bertempat..."X bertempat" banyak didengar dari dalil2 yang telah disampai dari forumner2 terdahulu...Memang jika difikirkan "x bertempat" itu sendiri sudah x terduga dek akal..Tetapi mengingati pesan Rasullah s.a.w.

"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya."
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)

Tetapi statement ayat maha suci dari x bertempat (seperti yang dimerahkan) datang dari mana pula? Tidak pernah didengar...Penyataan camni boleh menimbulkan kekeliruan...dan x tercapai dek akal...Boleh saudari beri penerangan?

Maaf ya...Wallahualam bissawab...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register