firdaus83
Active Member
- Messages
- 1,282
- Joined
- Oct 18, 2009
- Messages
- 1,282
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
Firman Allah Taala, Surah Asy-Syura, ayat 11 ;
Terjemahan - “Dia yakni Allah SWT tidak menyerupai sesuatupun.”
………………………
Apakah yang dianggap dengan menyerupai???
Maka fakir kemukakan Kitab Tijanud Darari Fi Syarhi Risalatil Baajuriyy, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 4, baris 10 dari atas.
Beliau merupakan Ulama Besar di Tanah Hijaz (Arab) yang beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah Wal Maturidiyyah! Seluruh Kitabnya adalah berbahasa Arab, dan kebanyakan berbentuk Kitab Turas @ Muktabar.
Bab Mukhalafatuhu Lil Hawadis – Bersalahan Allah Taala dengan sesuatu yang baru (Makhluq). Ini berdasarkan Firman Allah Taala, Surah Asy-Syura, ayat 11.
Lebih kurang Melayunya ;
Bermula, gambaran-gambaran yang menyerupakan Allah Taala dengan makhluq ada sepuluh perkara ;
1. Allah Taala itu merupakan ‘Jirim’, sama ada dua ‘Jirim’ yang tersusun yang digelar ‘Jisim.’ Atau ‘Jirim’ yang tunggal yang digelar ‘Jauhar Farad’ (Unsur Terkecil).
(‘Jirim’ merupakan ‘atom terkecil' yang tidak boleh dipecahkan lagi. ‘Atom terkecil’ yang tunggal disebut sebagai ‘Jauhar Farad.’ Manakala, ‘Jisim’ adalah dua ‘atom terkecil’ yang bercantum di antara satu sama lain. Oleh itu, Allah Taala bukan ‘Jirim’ dan juga bukan ‘Jisim.’ – Penterjemah @ Pent.)
………………….
2. Allah merupakan ‘Arad.
(‘Arad bererti, sifat-sifat kemakhluqkan seperti bulat, segiempat, panjang, pendek, panas, sejuk, warna merah, hijau, wangi, busuk dan sebagainya. Maka, Allah Taala bukan ‘Arad. – Pent.)
………………….
3. Allah merupakan salah satu ‘arah’ dari ‘Jirim.’ Maka, Allah tidak berada di atas ‘Arasy, tidak juga dibawahnya, tidak di kanannya, dan tidak dibahagian lain arah yang dikenal.
(Contohnya, Allah tidak berada di atas ‘Arasy, di bawah ‘Arasy, di tepi ‘Arasy atau di mana-mana arah bagi ‘Arasy. Maka, Allah tidak menduduki ‘arah’ bagi ‘jirim’. – Pent.)
………………….
4. Allah Taala ada ‘arah’ tersendiri. Kerana itulah, Allah tidak mempunyai bahagian atas dari Zat-Nya, tidak bahagian bawah, tidak bahagian kanan, tidak bahagian kiri dan tidak bahagian yang lainnya.
(Jika makhluq seperti saya, saya mempunyai arah tersendiri. Contoh ; Saya berada di hadapan komputer, saya di atas kerusi, saya di bawah bumbung dan saya di dalam rumah. Sedangkan, Allah Taala tidak ada ‘arah’ tersendiri. – Pent.)
………………….
5. Allah menduduki pada tempat.
(Allah Taala tidak duduk pada sesuatu tempat. – Pent.)
………………….
6. Allah dikaitkan dengan masa. Yang mana, keadaan galaksi-galaksi dan planet-planet dipengaruhi oleh waktu dan masa.
(Allah Taala tidak dipengaruhi oleh waktu dan masa. – Pent.)
………………….
7. Atau, Allah Taala berganti-ganti ke atas-Nya masa, iaitu siang dan malam.
(Allah Taala tidak dipengaruhi oleh siang dan malam. – Pent.)
………………….
8. Atau, bersifat Zat Allah SWT yang Maha Haqiqi dengan Sifat Kemakhluqan, seperti ada Kuasa yang baru, ada Kehendak yang baru, ada bergerak dan diam, ada putih dan hitam, dan lain sebagainya.
(Zat Allah Taala tidak bersifat dengan Sifat Kemakhluqan. – Pent.)
………………….
9. Atau, bersifat Zat Allah SWT dengan kecil atau besar, atau dengan makna banyak anggota.
(Allah tidak ada sifat Kemakhluqan, iaitu seperti ada banyak anggota. – Pent.)
………………….
10. Atau, Allah SWT bersifat dengan sikap mempunyai tujuan-tujuan tertentu di dalam Perbuatan-Nya atau Ketetapan-Nya, kerana itu tidak ada di dalam Perbuatan-Nya, seperti menjadikan Zaid kerana ada suatu tujuan tertentu.
(Tidak terjadi kepada Allah, Allah menjadikan sesuatu kerana ada tujuan atau kebaikan tertentu bagi Allah. – Pent. )
Iaitu, kerana ada kemashalatan yang membangkitkan semangat untuk melakukan Perbuatan-Nya itu.
(Tidak terjadi kepada Allah, Allah menjadikan sesuatu di atas desakan seseorang. Bahkan, memang Allah yang mahu menjadikan begitu dan begini. – Pent. )
Kerana itu, tidak lepas bahawa Perbuatan Allah SWT tersebut kerana ada suatu hikmah. Jika tidak, maka Perbuatan-Nya tu adalah perbuatan yang sia-sia. Dan, sia-sia itu adalah mustahil pada Haq Allah Ta'la.
(Setiap perkara yang Allah jadikan itu mempunyai hikmah tersendiri. – Pent. )
Dan kerana itu, tidaklah dalam ketetapan hukum-Nya, seperti diwajibkannya solat atas kita kerana ada satu tujuan tertentu. Yakni, kerana ada mashalat yang menggerakkannya untuk melakukan penetapan hukum tersebut sebagaimana penjelasan yang lalu.
………………….
Maka, gambaran-gambaran yang menyerupakan Allah Taala ini adalah mustahil pada haq Allah Ta'ala.
-----------------------------
KESIMPULANNYA ;
"ALLAH TAALA ITU WUJUD TIDAK BERTEMPAT"
........................
Mudah2-mudahan, di jauhkan kita dari berfahaman MUJASSIMAH dan juga WAHABIYYAH ynag mengatakan Allah Taala berada di atas Arasy!!!

Last edited: