ada 7 ayat dalam al-quran yang menyatakan Allah bersemayam di arasy, cuma kaifiatnya, bagaimana Dia bersemayam tu, jangan ditanya.yang pasti TIDAK SAMA dengan bersemayamnya seorang raja.
adakah anda hendak menafikan kebenaran ayat-ayat al-quran ?
al-Istawa’ ‘Alal ‘Arsy (Bersemayam Di Atas ‘Arsy)
Ia adalah termasuk sifat fi’liyah. Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia bersemayam di atas ‘arsy, pada tujuh tempat di dalam kitab-Nya.
Pertama; di dalam surah al-A’raaf:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; (al-A’raaf 7: 54)
Kedua; di dalam surah Yunus:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus 10: 3)
Ketiga; di dalam surah ar-Ra’d:
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (ar-Ra’d 13: 2)
Keempat; di dalam surah Thaha:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. (Thaha 20: 5)
Kelima; di dalam surah al-Furqan:
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ
Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); (al-Furqan 25: 59)
Keenam; di dalam surah as-Sajdah 32: 4)
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (as-Sajdah 32: 4)
Ketujuh; pada surah al-Hadid:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (al-Hadid 57: 4)
Dalam ketujuh-tujuh ayat ini, lafaz istawa’ datang datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya dengan makna yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy. Istawa’ mempunyai empat makna: irfa’ (tinggi), uluw (luhur), shu’ud (naik) dan istigrar (menetap dan bertahkta). Ini disebutkan oleh Ibnul Qayyim dari para salaf)
‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk. Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) ialah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا
Dan Dia lah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: (Hud 11: 7)
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. (al-Haqqah 69: 7)
---------------------
p/s: terima kasih , kerana up balik thread ni..