BTC USD 84,525.1 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

All About BUGIS

aku plak..ayah keturunan bugis,mak keturunan jawa..

bugis tu mmg xnampak dah la..lebh kepada mak ..budaya mmg xnampak langsung la...jawa2 ada tinggal sikit2..
 
aku plak..ayah keturunan bugis,mak keturunan jawa..

bugis tu mmg xnampak dah la..lebh kepada mak ..budaya mmg xnampak langsung la...jawa2 ada tinggal sikit2..

bagus gak gabung bugis dan jawa tuh...keh keh
wess(jawa) mandre(bugis)=sudah makan:D
 
wah.. ada thread bugis kat CG. bravo bravo..
saya juga adalah keturunan bugis, sebelah bapa saya. mula2 tau keturunan bugis masa form 2, masa tu buat projek subjek sejarah. baru la tau saya dari keturunan Daeng Chelak.. sebab tu nama raja masih lagi lekat pada nama saya.

tenkiu2.
 
aku tade darah bugis..cume ade darah siam pattani
 
1 perkataan sehari...hari nih perkataan:
ele'- maksud=pagi
p/s ni utk bhs bugis BONE...utk lain2 daerah blh jg share
p/s aku hentam jer...sape2 blh brtulken ye. sama2 blajo

maele' = ele' = Pagi (Bugis Bone/Pinrang)
makale' = Pagi (Bugis Enrekang)
tangallo = tengah hari (Bugis Enrekang)
tangngasso = Tengah hari (Bugis Pinrang)
arueng = petang (Bugis Pinrang)
wenni = Malam (Bugis Pinrang)
subuh = Subuh (Bugis Pinrang)

Ni bab mengira 1- 10 Bugis Asli daripada Moyang aku. Bahasa ni bahasa Lontara - Bahasa yang sudah pupus di telan zaman:

Bahasa Malaysia : Bahasa Bugis Asli (Lontara)
Satu : Siddi deng
Dua : Dua deng
Tiga : Telo
Empat : Telote
Lima : Mendete
Enam : Tide
Tujuh : Tide Muda
Lapan : Kata Muda
Sembilan : Kata Kiak
Sepuluh : Puloh

Bahasa Malaysia : Bahasa Bugis Pinrang (Digunakan sampai skrg)
Satu : Siddi
Dua : Dua
Tiga : Tello
Empat : Eppa
Lima : Lima (Kebetulan sama plak ngan BM)
Enam : Enneng
Tujuh : Pitu
Lapan : Arua
Sembilan : Asera
Sepuluh : Sappuloh

*Aku dibesarkan dgn Bahasa Bugis Pinrang tp jiran2 ada ramai Bugis Bone dan Bugis Enrekang. So, aku faham kalo diorang becakap tp aku x reti nak cakap. tp kalo bugis Pinrang mmg boleh carik makan. :D
 
maele' = ele' = Pagi (Bugis Bone/Pinrang)
makale' = Pagi (Bugis Enrekang)
tangallo = tengah hari (Bugis Enrekang)
tangngasso = Tengah hari (Bugis Pinrang)
arueng = petang (Bugis Pinrang)
wenni = Malam (Bugis Pinrang)
subuh = Subuh (Bugis Pinrang)

Ni bab mengira 1- 10 Bugis Asli daripada Moyang aku. Bahasa ni bahasa Lontara - Bahasa yang sudah pupus di telan zaman:

Bahasa Malaysia : Bahasa Bugis Asli (Lontara)
Satu : Siddi deng
Dua : Dua deng
Tiga : Telo
Empat : Telote
Lima : Mendete
Enam : Tide
Tujuh : Tide Muda
Lapan : Kata Muda
Sembilan : Kata Kiak
Sepuluh : Puloh

Bahasa Malaysia : Bahasa Bugis Pinrang (Digunakan sampai skrg)
Satu : Siddi
Dua : Dua
Tiga : Tello
Empat : Eppa
Lima : Lima (Kebetulan sama plak ngan BM)
Enam : Enneng
Tujuh : Pitu
Lapan : Arua
Sembilan : Asera
Sepuluh : Sappuloh

*Aku dibesarkan dgn Bahasa Bugis Pinrang tp jiran2 ada ramai Bugis Bone dan Bugis Enrekang. So, aku faham kalo diorang becakap tp aku x reti nak cakap. tp kalo bugis Pinrang mmg boleh carik makan. :D

magello/bagus infonya...banyak juga persamaan antara bugis. kira boleh la interaksi=(wedding mua sia'bicara):D
 
ni saya dapat 1 petikandari forum silat indonesia....


Seni Silat Sendeng Malaysia
Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid Hj Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.
Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah kuntau,pernafasan lian dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian. Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan sendeng 7 hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.

Salasilah dan Pengasas Seni Silat Sendeng

Long Mamat

Long Mamat ialah seorang pendekar keturunan Bugis yang berasal dari Pontian, Johor. Beliau bertanggungjawab mengembangkan ilmu Pukulan Sendeng di Muar pada penghujung kurun ke19 (1885-1910an). Long Mamat juga dikatakan pernah merantau ke Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan. Dipercayai beliau menggunakan nama dan gelaran yang berlainan pada tempat-tempat yang disinggahinya.
Dari mana asal Pukulan Sendeng yang dibawa oleh beliau tidak jelas tetapi terdapat 2 cerita bagaimana beliau mempelajari aliran persilatan ini;
1. Long Mamat mempelajari pukulan sendeng dari empat orang saudaranya diatas kapal. Kisah ini disampaikan oleh cicit Long Mamat kepada Allahyahyarham Hj Ismail Hj Hamzah.
2. Beliau mempelajarinya dari seorang bapa saudaranya di Parit Raja, Muar setelah ditewaskan sewaktu mencuba bapa saudaranya itu. Pada waktu itu beliau telah tamat berguru dengan 39 orang guru silat. Kisah ini diceritakan oleh seorang tua di Parit Bakar, Muar kepada Allahyarham Hj Ismail Hj Hamzah.

Menurut Bapak Aidinal Alrashid, seorang guru Pencak Silat Bugis-Makassar, Sendeng adalah sejenis aliran silat yang berasal dari Tanah Ugi atau tanah Bugis yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sendeng telah tersebar ke merata tempat di Indonesia dan juga Malaysia bersama-sama dengan penghijrahan orang-orang Bugis dan Makassar sejak ratusan tahun dahulu. Menurutnya lagi, Long Mamat mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Mat Koleng yang meneruskan usaha mengembangkan Pukulan Sendeng.
Pada awal abad ke 19 ( 1885-1910) Long Mamat yang pada ketika itu bermastautin di Padang, Muar, telah dijemput oleh penghulu mukim Serom, Muar, ketika itu iaitu Penghulu Hj Abdulah (ninda kepada YAB Menteri Besar Johor kini, Datuk Abdul Ghani Othman) untuk mengajar pukulan sendeng di Serom. Seramai 5 orang pendekar telah dipilih setelah diadakan satu pertandingan di Serom.
Kelima-lima orang itu ialah Hj Taman bin Dagang, Pak Unggal Khalil (adik Taman Dagang), Hj Mohd Arif Shamsu, Pak Habib dan Naib Nalang. Selain di Serom , Long Mamat juga mempunyai ramai murid terutama dikawasan Parit Bakar hingga ke Parit Raja, Muar. Salah seorang murid beliau yang dapat dikesan di Parit Samsu, Muar, ialah Haji Baba Bin Makruf (1901-1984). Anak cucu beliau di Pontian, Johor pula mengembangkan silat kuntau sendeng yang diterajui oleh cucunya iaitu Penghulu Zakaria Kasim.
 
Back
Top
Log in Register