BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alkohol itu tidak haram, BETUL Ke??

perfume beralkohol tak haram pakai
tapi haram minum
walaupun minum tak mabuk
sebab alkohol dalam perfume dah denatured
maknanya sgt poisonous utk health
memudaratkan = haram

awek beli perfume beralkohol kat balak
balak takmau sebab katanya haram
walhal dia sedap saja berpegang tangan/bertepuk tampar anak dara org
 
haram sebab salah satu bahan untuk buat beer adalah alkohol. tetapi boleh dibuat wangian (ethanol)
 
aku macam nak tegok alkohol pencuci kaset la.. serious aku cakap ni.. baca thread ni aku terus usya alkohol kaset.. dah haus dah nih.
 
Habis yg kita dok makan tapai tu, bukan dah jadik alkohol ker?
 
etanol tu dadah...dan dadah tu memudaratkan..

dalam soal nie klau dari petroleum pon klau diminum pon sama gak efek dia memabukkan dan memudaratkan badan..

tapi klau cuka dari arak tu ustaz aku kata boleh ajer dijadikan perencah..

Etanol tu dadah :eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
haram sebab salah satu bahan untuk buat beer adalah alkohol. tetapi boleh dibuat wangian (ethanol)

silap nih, alkohol bukan bahan untuk buat beer, yang benarnye, alkohol terhasil dari tindakbalas kimia dalam proses penghasilan beer. Yang haram itu beer/arak kerana ia dibuat khusus untuk diconsume, sedang ianya boleh memabukkan. Alkohol tak salah sebenarnya, sebab itu, jika arak dilanjutkan prosesnya sehingga menjadi cuka, ianya halal untuk dimakan. Alkohol nih macam duit. Jika kita dapat duit dengan cara berniaga, maka duit itu halal untuk kita belanjakan. Jika duit itu dapat dari berjudi, duit itu menjadi haram dibelanjakan atas kita. Tapi duit hasil judi, jika disedekah kepada anak yatim dan fakir miskin, duit itu halal dibelanjakan mereka, kerana duit itu sifatnya berkecuali dan tidak memindah hukum. Jadi, meletakkan hukum haram pada alkohol adalah tidak masuk akal sama sekali, walaupun alkohol itu terjadi dari proses pembuatan arak. Cube buat pengekstrakan alkohol dari arak, adakah sisa yang tinggal masih boleh dikategorikan sebagai arak? Tidak sama sekali.

Setiap kali jumpa perkara-perkara sebegini, jangan setakat baca fatwa, bukak balik buku sains, baca dan fahamkan, kalu tak faham mintak orang ajarkan sampai paham, barulah Islam boleh jadi advanced, sampai bila nak jadi umat yang angguk-angguk geleng-geleng je. Budaya terima tanpa fikir macam dah jadi budaya umat Islam kini, takut nak berbeza pendapat, jika ilmu dan pemahaman kita benar, kenapa perlu takut? Sampaikan ada ustaz yang dok ceramah, cerita hukum rokok itu harus berdasarkan fatwa Imam Nawawi. Tak boleh fikir ke, rokok zaman Imam Nawawi dengan rokok zaman sekarang takkan mungkin la sama, jauh beza besar mudarat die.

p/s : point yang bawah nih umum, bukan aku tuju kat bro ikhmal, just taknak buat 2 post.:)
 
Alkohol sendiri tu TIDAK HARAM. Jgn berdebat cakap kosong. Googlekan, banyak info mengenai fatwa yg membenarkan penggunaan alkohol. Yg haram tu....ARAK!...

*pegang anak dara org time korang dating tu pun HARAM....tanak debat ke?
 
silap nih, alkohol bukan bahan untuk buat beer, yang benarnye, alkohol terhasil dari tindakbalas kimia dalam proses penghasilan beer. Yang haram itu beer/arak kerana ia dibuat khusus untuk diconsume, sedang ianya boleh memabukkan. Alkohol tak salah sebenarnya, sebab itu, jika arak dilanjutkan prosesnya sehingga menjadi cuka, ianya halal untuk dimakan. Alkohol nih macam duit. Jika kita dapat duit dengan cara berniaga, maka duit itu halal untuk kita belanjakan. Jika duit itu dapat dari berjudi, duit itu menjadi haram dibelanjakan atas kita. Tapi duit hasil judi, jika disedekah kepada anak yatim dan fakir miskin, duit itu halal dibelanjakan mereka, kerana duit itu sifatnya berkecuali dan tidak memindah hukum. Jadi, meletakkan hukum haram pada alkohol adalah tidak masuk akal sama sekali, walaupun alkohol itu terjadi dari proses pembuatan arak. Cube buat pengekstrakan alkohol dari arak, adakah sisa yang tinggal masih boleh dikategorikan sebagai arak? Tidak sama sekali.

Setiap kali jumpa perkara-perkara sebegini, jangan setakat baca fatwa, bukak balik buku sains, baca dan fahamkan, kalu tak faham mintak orang ajarkan sampai paham, barulah Islam boleh jadi advanced, sampai bila nak jadi umat yang angguk-angguk geleng-geleng je. Budaya terima tanpa fikir macam dah jadi budaya umat Islam kini, takut nak berbeza pendapat, jika ilmu dan pemahaman kita benar, kenapa perlu takut? Sampaikan ada ustaz yang dok ceramah, cerita hukum rokok itu harus berdasarkan fatwa Imam Nawawi. Tak boleh fikir ke, rokok zaman Imam Nawawi dengan rokok zaman sekarang takkan mungkin la sama, jauh beza besar mudarat die.

p/s : point yang bawah nih umum, bukan aku tuju kat bro ikhmal, just taknak buat 2 post.:)

aku bercakap dalam bidang aku, acct & finance. bio bukan bidang aku jadi faktanya tak betul.
 
peggang anak dara orang haram.
peggang anjing haram tapi boleh samak.
 
Back
Top
Log in Register