BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alkohol itu tidak haram, BETUL Ke??

betul la tu.. tp msih rmai yg tak tau minyak wangi yg ad alkohol dipakai wat solat(solat sah). peliknye byk org kite jual 'minyak wangi tanpa alkohol'. ape motif ye?:-?

alkohol dari arak takleh...tapi ramai taknak tau sains..tu yng dikata non alkohol..
biasalah perspektif org kita alkohol=arak,arak= alkohol

sdgkan alkohol bnyak cabang dan jenisnya..
 
tt, hampa ni ejes bagi boleh minum ke mende tu.

kalau tak ketagih pasai pa mt saleh kata alcoholic
dekat kaki mabuk ni, awat tak sebut wineholic ke :D

kalau ada ustaz yang kata Xharam, minta bagi link dia.
 
tt, hampa ni ejes bagi boleh minum ke mende tu.

kalau tak ketagih pasai pa mt saleh kata alcoholic
dekat kaki mabuk ni, awat tak sebut wineholic ke :D

kalau ada ustaz yang kata Xharam, minta bagi link dia.

sila rujuk kimia spm...

kumpulan -OH
 
etanol tu dadah...dan dadah tu memudaratkan..

dalam soal nie klau dari petroleum pon klau diminum pon sama gak efek dia memabukkan dan memudaratkan badan..

tapi klau cuka dari arak tu ustaz aku kata boleh ajer dijadikan perencah..

kalu cuka tuh akhirnya memberikan kesan memabukkan..hukumnya kembali kepada haram..:">
 
arak dalam alkhol biasa jenis etanol..dn bnyk jenis lagi..metanol, butanol...rujuk kimia SPM rantaian carbon...dalam buah pun ada alkhohol, frutosa dan glukosa (gula)...guna gula haram la?huhu..ade kesan mudarat x pakai perfume ada alkohol?layan je la
 
tt, hampa ni ejes bagi boleh minum ke mende tu.

kalau tak ketagih pasai pa mt saleh kata alcoholic
dekat kaki mabuk ni, awat tak sebut wineholic ke :D

kalau ada ustaz yang kata Xharam, minta bagi link dia.

alcoholic tuh bukan ke kaki botol..pasai pa orang puteh tak panggil kaki botol tuh bottle foot..:p
 
alkohol xharam... Yg haram minuman beralkohol sebab memberi kemudharatan...
 
arak dalam alkhol biasa jenis etanol..dn bnyk jenis lagi..metanol, butanol...rujuk kimia SPM rantaian carbon...dalam buah pun ada alkhohol, frutosa dan glukosa (gula)...guna gula haram la?huhu..ade kesan mudarat x pakai perfume ada alkohol?layan je la

betul tu....masih ramai yg keliru pasal alkohol nih.

info definasi alkohol

http://en.wikipedia.org/wiki/Alcohol

dlm tapai & sake (arak jepun) pun ade alkohol

tapai dan sake buat daripada beras.....tapi kenape sake haram?

jawapan:

Fatwa telah dikeluarkan di negara ini yang mengatakan tapai itu halal.
Saya menyoalkannya kepada sebuah pertubuhan Islam antarabangsa melalui internet yang mengatakan bahawa ia haram. Menurut seorang ahli biokimia, alkohol dari pemprosesan tapai itu tidak berbeza dengan pemprosesan `sake' (sejenis arak Jepun). Apakah dalil-dalil fatwa yang menghalalkan tapai ini ?


****************************************************
Jawapan:

Kita akan dalil sains untuk membuktikan tapai adalah halal. Pertama kita akan menjelaskan di manakah persamaan dan perbedzaan pengeluaran sake dan tapai.

Pertama: Proses Pembuatan khamar `sake' (Arak beras Jepun)

Sake diperbuat daripada beras biasa dan beras koji yang dibasuh, direndam dan dimasak dengan wap, kemudian disejukkan. Beras koji dan tindakbalas ragi (yeast) akan menukar beras kepada gula dan seterusnya kepada alkohol. Proses fermentasi (pemeraman) ini berlangsung dalam 20-25 hari.

Kedua: Proses pembuatan Tapai

Bahan utama tapai juga beras (beras pulut) dan setengah tempat ialah ubikayu (Kelantan). Setelah dimasak, beras atau ubikayu itu disejukkan dan dimasukkan serbuk yeast (ragi). Ia boleh dimakan sebaik saja, tapai itu berair dan selalunya dalam satu setengah hari atau dua hari. Rasanya manis sekali.

Bahan yg menukar kanji beras dan ubikayu menjadi gula ialah yeast (ragi). Dalam ragi ada dua jenis enzim: invertase dan zymase yang menukar kanji menjadi gula dan seterusnya menjadi alkohol (bahan utama dalam khamar)

Dari perbandingan di atas, jelaslah bahawa tapai ialah makanan manis (halwa) kerana ia belum lagi bertukar menjadi alkohol; sebab proses penukaran gula menjadi alkohol memerlukan masa yang lebih lama. Tujuan fermentasi di atas bertujuan untuk makanan bukan minuman.

Manakala Sake ialah khamar (arak) kerana tujuan fermentasinya ialah bukan untuk dimakan tapi untuk di minum dan ia mengambil produk penghujung fermentasi iaitu alkohol; sedangkan tapai yang dimakan ialah kanji yg bertukar menjadi gula.

Inilah dalil-dalil yang menjadi dasar fatwa Majlis Agama Islam Kelantan dan Tuan Guru MB Kelantan yg memfatwakan tapai adalah halal.
 
betul gak tu.. aku pun ada gak terpikir camtu... alcohol tu terlalu general sangat dan bukan bermaksud arak...
 
Back
Top
Log in Register