BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Penumpang Terminal 1 KLIA Dioptimum Melalui Penambahbaikan Pengimbasan - JKDM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
52f9bb6591459ce057f61cdf8c7de63c695512860808e

Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi proses pelepasan dan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 di sini terbukti berjaya mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kecekapan operasi dengan penumpang melalui pelepasan dalam tempoh lima hingga tujuh saat. (Gambar Fail)

Pelaksanaan penambahbaikan proses pengimbasan dan pengesanan kontraban bagi penumpang antarabangsa di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula esok adalah sebahagian daripada usaha mengoptimumkan aliran pergerakan trafik di lapangan terbang.

Kenyataan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini memaklumkan bahawa selaras dengan penyelarasan operasi yang telah dipersetujui, proses pengimbasan keselamatan di pintu pelepasan Terminal 1 KLIA dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports mengikut fungsi dan piawaian keselamatan penerbangan awam yang ditetapkan.

Menurut JKDM, pendekatan itu memperkukuh kerjasama operasi antara kastam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan AVSEC melalui kaedah pengimbasan berasaskan petunjuk risiko, risikan serta analisis trend semasa.

"Sekiranya hasil pengimbasan atau pemerhatian keselamatan menimbulkan kecurigaan atau mengesan potensi kesalahan melibatkan barangan larangan termasuk dadah, mata wang tunai, hidupan liar atau instrumen boleh niaga, penumpang serta barangan berkenaan akan ditahan serta diserahkan kepada JKDM dan agensi yang berkaitan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.

Bagi memperkukuh keupayaan pengesanan, JKDM turut melaksanakan langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama AVSEC menerusi penganjuran Kursus Pengecaman Imej Imbasan Kontraban bagi para pegawai AVSEC yang berlangsung pada 22 dan 23 Dis lepas di Akademi Malaysia Airports (MAA) dan Terminal 1 KLIA membabitkan 33 orang.

"Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan agensi berkaitan untuk memastikan kelancaran operasi lapangan terbang, keselamatan, pematuhan undang-undang serta perlindungan kepentingan negara sentiasa terpelihara," menurut JKDM.

 
Back
Top
Log in Register