BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ali XPDC terpaksa mohon bantuan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan rock terkenal, XPDC, Ali mengaku terpaksa menolak rasa malu ketepi dan memohon bantuan membeli barangan keperluan daripada pelbagai pihak merusi media sosial kerana terjejas akibat pandemik kini
BFBC00A9-5877-404B-A76B-B18969CD3FEB.jpeg

Menurut Ali yang berusia 53 tahun, dia bagaimanapun bersyukur kerana langkah tersebut membawa petanda positif daripada rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan selepas melihat video yang dikongsikannya di media sosial

“Terus terang saya katakan, saya terpaksa memohon bantuan sebab dalam keadaan yang sangat memerlukan. Jujurnya saya sudah lama tak ada sumber pendapatan dan sebab itu, saya ada muat naik video memohon bantuan

“Alhamdulillah, ada yang sudi memberi sumbangan dan rakan-rakan juga ada yang membantu. Kalau ada yang faham, mereka sudi bantu

Selain serangan asma atau lelah, Ali juga mengalami masalah jantung lemah dan pernah dimasukkan ke hospital pada awal tahun lalu.

Akibat daripada kemalangan tersebut, penyanyi lagu Aku Dan Sesuatu itu mengalami kecederaan yang sangat serius apabila muka dan tangannya melecur sehingga 30 peratus
 
Syukur. Ada yb turun tolong

Penderitaannya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya.
 
'Saya kini asnaf' - Ali XPDC

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC mengakui dia kini adalah golongan asnaf selepas lebih setahun tidak bekerja dan tiada sebarang pendapatan.

Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini menerima bantuan sebanyak RM600 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup kami. Terima kasih banyak-banyak," katanya yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, kerana mengalami masalah semput dan lemah jantung sejak 2 September lalu.

Ali berkata, dia juga bersyukur kerana kos rawatan di PPUM itu turut ditanggung pihak LZS.

"Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya," katanya yang mempunyai lima anak yang masih belajar.

Ali mengakui sejak penularan Covid-19 dan sukar untuk bekerja, dia membuang rasa malu untuk meminta bantuan termasuk menerusi laman sosial kerana memang amat terdesak.

"Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak LZS, individu dan peminat yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ali juga gagal menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di PPUM semalam kerana mengalami kesukaran bernafas.

"Proses itu separuh jalan saja. MRI semalam saya tak lepas. Sekejap sangat. Saya tak tahan bernafas kat dalam itu.

"Jadi saya kenalah buat temujanji semula dengan doktor selepas ini pada masa lain. Apapun, alhamdulillah saya dah boleh balik petang ini dan berehat di rumah," katanya.

Ali mula mengalami masalah semput sejak hujung Ogos lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut pada 2 September lalu.

Malam tadi, satu majlis bacaan Yassin dianjurkan golongan rockers era 1990-an yang dipimpin Ustaz Zulkefli Hamat bagi mendoakan kesembuhan Ali.

"Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya dengan bacaan Yassin semalam. Pagi ini saya rasa lapang sangat kerana berkat doa semua," katanya.

Pada 26 Mac tahun lalu, Ali pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya.

Penderitaannya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Daroyah turut membantu Ali mendapatkan bantuan dari LZS bagi menampung perbelanjaan mendapatkan rawatan selain kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

 
Back
Top
Log in Register