Diharapkan, ramai yang tidak salah faham dengan tujuan Carigold.com buat penguatkuasaan berkenaan perkara ni. Ini ialah untuk melindungi kepentingan pengguna dan Carigold.com, pada masa yang sama melindungi kepentingan penjual tersebut sendiri. Sedikit gambaran dengan situasi.
Situasi 1:
Abu menjual baju Adidas tiruan kepada Ali dengan harga separuh dari pasaran DENGAN memberitahu Ali yang baju Adidas tersebut ialah baju tiruan.
Implikasi dari situasi 1:
Abu bersubahat dengan Ali dgn memakai baju Adidas tiruan, kerana walaupun tahu itu adalah baju tiruan, Abu tetap membeli baju tersebut. Ali bersalah kerana menjual baju tiruan.
Situasi 2:
Abu menjual baju Adidas tiruan kepada Ali dengan harga separuh dari pasaran TANPA memberitahu Ali yang baju Adidas tersebut ialah baju tiruan.
Implikasi situasi 2:
Abu bersalah menjual barangan tiruan. Ali tertipu kerana dia MEMBAYAR dengan dengan anggapan produk tersebut ialah asli dan dia tidak membayar untuk produk tiruan.
Persoalan: Penjual baju mendapat bekalan dari pembekal, dan pembekal tersebutlah yang membekal produk tiruan tersebut. Adakah penjual tersebut mendapat tahu produk tersebut ialah produk tiruan atau tidak? Ulang situasi di atas.
Dalam kita MELINDUNGI sesuatu, mungkin kita akan melukakan hati orang yang kita mahu lindungi itu. Seperti emak memarahi anak yang mahu pegang seterika panas. Atau bapa memarahi anak yang cuba-cuba belajar hisap rokok. Kita marah, tapi kita balik kena marah. Tapi di Carigold.com ni, kita tak marah. Cuma kita suspend saja aktiviti penjualan ni, atas maksud yang diterangkan di atas sekali.
Kepada pihak-pihak yang terbabit, harap anda bersikap matang. Dalam menilai dan melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan, pengurusan Carigold.com tidak pernah lagi salah.
Tak perlu buat ambil banyak-banyak contoh. Cukup satu. Ambil saja kes yeeradhi dengan DPM tahun 2007 dulu. Masa tu, ramai-ramai tarik diri, buat forum baru. Bila DPM runtuh, di CG ni juga mereka kembali. yeeradhi? Hilang entah ke mana. Kalau tak, dialah sifu, dialah mahaguru.