gopherscool
Freshie
- Messages
- 20
- Joined
- Jan 19, 2011
- Messages
- 20
- Reaction score
- 25
- Points
- 13
Benarkah Einstein bukan seorang Genius? adalah cerita kehebatan beliau adalah satu pembohongan?
Albert Einstein adalah seorang saintis & ahli Fizik terkemuka pada abad lepas. Beliau di lahirkan pada 14 March 1879 di Ulm, Kingdom og Wurttemberg, German Empire. Sumbangan beliau kepada perkembangan dunia Sains tidak dapat disangkal lagi. Relativity theory dan Photoelectric Effect Theory yang beliau temui membuahkan Nobel Prize in Physics pada tahun 1921. Akan tetapi, adakah beliau benar-benar genius?:-?
Ramai percaya bahawa tiada yang dapat menggantikan beliau
Walaupun banyak pihak yang mempertikaikannya, tetapi banyak kajian telah dijalankan yang membuktikan bahawa Einstein adalah pure genius!
Einstein pernah berkata bahawa kunci utama kepada kebijaksanaan beliau adalah kebolehannya untuk menggambarkan masalah yang beliau hadapi dan kemudian menafsirkannya kepada nombor & perkiraan matematik. Sebagai contoh, semasa beliau mengusahakan Relativity Theory, beliau membayangkan bagaimana jika alam semesta menaiki pancaran cahaya sebagai satu kenderaan?
Bukti-bukti saintifik yang mengatakan Einstein adalah genius?
* Bilangan neurons & glial cells (Sel di dalam otak) adalah lebih banyak daripada manusia normal iaitu : Einstein = 11 orang lelaki.
o Sel-sel ini membolehkan Einstein mempunyai kebolehkan berfikir secara konsep yang mantap.
Neurons & glial cells terdapat pada Area 9 & Area 39
* Secara am-nya, otak Einstein adalah sama seperti otak manusia biasa kecuali pada satu bahagian otak yang di panggil inferior parietal region.
o
Pada bahagian ini, saiznya adalah lebih besar.
o
Total saiz otak Einstein adalah 15 % lebih lebar dari otak manusia biasa.
o
"Visuospatial cognition, mathematical thought, and imagery of movement are strongly dependent on this region," para pengkaji menyimpulkan.
Inferior Parietal Region
* Keadaan otak Einstein yang lebih besar di bahagian yang amat kritikal membolehkan beliau menyelesaikan masalah yang sukar dengan mudah!
Culcus terletak di bahagian tengah otak.
Kelebihan otak Einstein adalah pada bahagian seperti didalam gambar, tidak mempunyai lekuk yang dipanggil sulcus. Ketiadaan sulcus ini membolehkan lebih banyak neurons pada kawasan ini untuk berhubung dan bekerjasama dengan lebih mudah. Para pengkaji otak Einstein menyimpulkan bahawa perbezaan fizikal antara otak Einstein dan manusia biasa menjadikan Einstein seorang yang mempunyai keupayaan pemikiran yang jauh lebih hebat.
IQ saya 160. Mai lawan saya. Ada Berani?
Kajian-kajian yang telah dijalankan adalah menggunakan teknologi lama. Walaupun secara teori, kesimpulan diatas boleh diterima, akan tetapi para pengkaji masih belum boleh membuktikan bagaimana neurons berhubung sesama sendiri di dalam otak Einstein. Masalah utama kenapa ianya tidak boleh dipastikan adalah kerana otak tersebut sudah tidak berfungsi lagi. Kini, mereka dalam usaha untuk mengkaji otak living geniuses yang masih berfungsi dengan menggunakan teknologi moden seperti MRI (Magnetic Resonance Imaging) & PET (Positron Emissiontomography) .
Jaringan neuron pada skala yang besar
Terbukti bahawa beliau seorang genius apabila menggabungkan formula matematik seorang ahli matematik Jerman, Riemann dan Ahli Matematik England Clifford. Beliau mencipta gambaran geometri of energy-distortion berkaitan ruang-masa yang menyumbang kepada graviti. Beliau adalah pure genius kerana dapat menghasilkan satu teori baru di atas 2 formula matematik yang hebat.
Kesimpulannya, Einstein adalah seorang genius dan belum ada yang dapat menggantikan beliau sehingga ke saat ini. Einstein mempunyai IQ yang tinggi iaitu 160. Berapakah IQ anda ?? (Klik Disini)
Akan bersambung...
Last edited:
