BTC USD 83,560.3 Gold USD 4,167.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat musik bertali haram???

Yang haram tetap haram..Haram itu jelas, ada hadith berkaitan alat muzik bertali ni.. Kalau minum arak tak sampai mabuk haram tak?..

arak haram..
alat muzik bertali ade khilaf...ramai meletakkn harus dgn syarat tdk mlalaikn..
 
Salam
Aku nak tanye adakah bermain alat musik gitar adalah haram??
Sbnarnye wife aku bgtau. Xbaik simpan alat musik bertali
So aku search la kat unker google
Banyak artikel menyatakan haram

Sape2 tau????


Jawapannya ada di bawah.


1. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross)dan perkara-perkara jahiliah... * (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy).

2. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz: Maksudnya: "Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengankebesaranNya dan kekuasaanNya...

3. Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata, maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram"(Hadis riwayat Ahmad).

4. Diriwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)".

5. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif".

6. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup" (Hadis riwayat Ad-Dailami)



Kalau berdasarkan hadis-hadis di atas, sudah jelas bahawa alat muzik bertali itu HARAM. Tiada pun statement yg mengatakan bahawa ia haram SEKIRANYA DIMAINKAN SEHINGGA MELALAIKAN. Ia cuma kata HARAM, tak kiralah main sampai lalai atau tidak. Kot-kot ada yg pandai-pandai tambah sendiri, wallahua'lam ler.
 
laaa haram ke...perhiasan jek pun xbole gk ek...
 
minum arak, x solat, puasa, riba yg nyata haram pun org buat. buat letih jer berdebat ngan benda khilafiah ni. ustaz tu pn dah bagi kebenaran on jer la. mcm ayam la asas ayam tu halal tapi bila x sembelih dia jadi haram. mcm main gitar la gak asas dia haram tapi kalo dia bole membuatkan manusia semakin memperingatkan Allah, berjihad so benda ni jadi halal.
 
erm...aku pun igt kes ni..

masa syaitan dihumban ke bumi, depa dok main seruling dengan gitar sambil menunggu nabi adam dihumban pula...sebab tu la permainan muzik yang bertali serta perlu bersiul diharamkan dalam islam..kecuali gendang dan ape lagi tah..

maafkan dan perbetolkan aku jika salah.
 
HUKUM ALAT-ALATMUZIK

Alat-alat yang dipukul atau diketuk

1. Ad-Duff (Rebana Kecil)

Duf ialah sejenis alat muzik yang disepakati oleh para ulamak keharusan penggunaannya. Hukum ini berdasarkan kepada hadith-hadith
Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang secara terang menyebut keharusan penggunaan alat ini. Di antaranya:

a. Hadith riwayat Muhammad bin Hatib daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم[vi]:

“...Pemisah antara halal dan haram ialah pukulan duf.”

b. Hadith riwayat Khalid bin Zakuan daripada Ar-Rabie’ binti Mu’awwiz bin ‘Afra’ :

“Masuk Nabi صلى الله عليه وسلم– ketika mula-mula berkesedudukan denganku (selepas perkahwinan)- lalu duduk di atas hamparan seperti
kedudukan kamu (Khalid bin Zakuan) daripada aku. Di ketika itu beberapa hamba perempuanku sedang memukul duf dan meratapi
kematian bapa-bapaku dalam Peperangan Badar. Salah seorang daripada mereka mendendangkan kata-kata: Di sisi kami Nabi yang
mengetahui perkara akan datang. Lantas Nabi صلى الله عليه وسلم: “Tinggalkanlah kata-kata ini dan teruskan nyanyianmu.” (Riwayat
Bukhari)

c. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi di dalam Sunannya[vii]:

“... Keluar Nabi صلى الله عليه وسلم dalam satu peperangan. Apabila pulang, datang seorang hamba perempuan hitam lalu berkata: “ Wahai
Rasulullah, aku telah bernazar sekiranya engkau pulang dengan selamat, aku akan memukul duf sambil menyanyi”. Nabi صلى الله عليه وسلم
menjawab: “Sekiranya engkau telah bernazar, buatlah sebagaimana dinazarkan, sekiranya tidak, maka tidak perlu”.

Hukum Lelaki Yang Memukul Duf

Para ulamak bersepakat bahawa wanita dibenarkan memukul duf. Tetapi mereka berselisih pendapat pada hukum lelaki
menggunakan alat ini, adakah harus atau sebaliknya. Dalam hal ini terdapat dua pandangan:

i. Pendapat yang mengatakan haram lelaki memukul duf. Mereka menyandarkan pandangan ini kepada adat dan ‘uruf. Di
mana memukul duf (di zaman dahulu) hanya dilakukan oleh kaum wanita sahaja. Oleh itu, lelaki yang memukul duf
dianggap meniru perbuatan kaum wanita dan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Nabi SAW: “Rasulullah
صلى الله عليه وسلم melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai (meniru) wanita” – hadith dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya
daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu Abbas. Dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada hadith Ata’ bin Abi
Rubah daripada Abu Hurairah. (Sahih Bukhari 8/305,Al-Fathul Bari 19/322

Mereka juga berdalilkan hadith-hadith yang hanya menyebut kaum wanita dan hamba-hamba perempuan sahaja memukul
duf tanpa ada riwayat yang menyebut kaum lelaki di zaman salaf memukul duf.

Pendapat ini ialah pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafi’e, jumhur ulamak mazhab Hanbali dan Asbagh – seorang
ulamak mazhab Maliki.

ii. Pendapat yang mengharuskan lelaki memukul duf, kerana tiada nas yang mengharamkannya. As-Subki (seorang ulamak
Syafie) mengatakan: “...dari segi asalnya, lelaki dan wanita bersekongkol dalam hukum-hakam melainkan ada nas yang
membezakan antara keduanya. Adapun dalam masalah ini tiada nas yang membezakan antara lelaki dan wanita dari sudut
keharusan memukul duf. Tambahan pula, memukul duf tidak hanya dikhaskan untuk wanita semata-semata.”

Mereka yang berpendapat sedemikian ialah Jumhur ulamak Maliki, Jumhur Mazhab Syafie dan pendapat Imam Ahmad bin
Hanbal dari sebahagian pengikutnya.

Bilakah Diharuskan Lelaki Memukul Duf?

Berlaku perselisihan pendapat di kalangan fuqaha’ pada tujuan dan keadaan yang dibenarkan memukul duf. Mereka terbahagi kepada
dua mazhab:

Pendapat pertama: Harus memukul duf untuk melahirkan rasa kegembiraan dan mewujudkan suasana kemeriahan di dalam upacaraupacara
atau sambutan yang dibenarkan oleh syara’. Umpamanya perkahwinan, berkhatan, sambutan hari raya, menyambut kepulangan
musafir (haji dan lain-lain) dan sebagainya. Mereka yang berpendapat demikian ialah sebahagian ulamak mazhab Hanafi, Jumhur mazhab
Syafie, sebahagian ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan Ibn Hazm Al-Andalusi.

Pendapat kedua: Memukul duf diharuskan untuk upacara perkahwinan sahaja. Ia adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki,
jumhur fuqaha’ mazhab Hanafi, sebahagian ulamak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat fuqaha’ Syafie.

2. Gendang (Tabla)

Para fuqaha’ berikhtilaf pada hukum memukul gendang dan mendengar bunyinya. Pendapat-pendapat mereka adalah seperti berikut:

i. Fuqaha Hanafi dan sebahagian Fuqaha’ mazhab Syafie:
Haram memukul gendang yang bertujuan untuk bersuka ria semata-mata. Sementara fuqaha’ Syafie bersepakat
mengharamkan sejenis gendang yang dinamakan ‘Kubah’, sama ada bertujuan untuk bersuka ria semata-mata atau maksudmaksud
yang lain.

ii. Fuqah’ Maliki:
Haram memukul gendang dan mendengar pukulannya (dan seluruh jenisnya) melainkan di dalam upacara
perkahwinan.

iii. Ulamak Hanafi:
Memukul gendang untuk tujuan-tujuan selain daripada bersuka ria seperti gendang perang, perkahwinan, dan gendang
menyambut ketibaan musafir adalah diharuskan. Termasuk di dalam hukum ini, juga gendang sahur yang digunakan pada
bulan Ramadhan untuk mengejutkan umat Islam pada waktu sahur.

iv. Fuqaha’ Syafie:
Harus memukul gendang-gendang selain daripada kubah, gendang-gendang untuk bersuka ria semata-mata dan Al-Kabar.
Iaitu harus memukul gendang perang, gendang haji, gendang sahur dan gendang hari raya.

v. Fuqaha’ Hanbali:
Haram menggunakan keseluruhan alat yang melalaikan melainkan duf. Mengikut mazhab mereka, haram memukul gendang
sama ada dalam upacara perkahwinan atau sebagainya.


3. Al-Kubah, Sejenis gendang yang ramping tengahnya dan lebar kedua hujungnya.

Para fuqaha’ Syafie sepakat mengharamkan alat ini. Pengharamannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ar-Rafi’ie dan An-
Nawawi kerana ia adalah alat yang biasa digunakan oleh lelaki-lelaki pondan. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, “...tiada beza antara kubah
dengan duf dan gendang-gendang yang lain melainkan kubah, ia adalah alat yang menjadi syiar lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak,
hukumnya sudah pasti seperti hukum duf.”


4. As-Safaqataan, Sejenis alat yang terdiri daripada dua piring tembaga yang dilagakan untukmengeluarkan bunyi.

Para fuqaha’ dalam menentukan hukumnya terbahagi kepada 4 mazhab :

i. Hanafi, Hanbali dan yang muktamad di dalam mazhab Syafie, iaitu haram memukul dan mendengar iramanya.

ii. Sebahagian ulamak mazhab Syafie, Ibn Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi dan Ibn Tahir Al-Qaisarani, iaitu harus memukul
dan mendengar bunyinya.

iii. Maliki, iaitu harus menggunakannya di dalam upacara perkahwinan sahaja.

iv. Sebahagian fuqaha’ mazhab Syafie, tidak memutuskan hukumnya sama ada halal atau haram.




Hukum Alat Muzik Yang Dipetik

Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua mazhab.

1. Pendapat yang mengharamkannya – sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya.
Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki.

Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi
menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.

Dalil Mereka:
i. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam alat-alat muzik yang melalaikan.

ii. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabiصلى الله عليه وسلم
bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif – lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.

iii. Daripada Abu’ Umamah, sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam[ix]: “.... sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada sekalian alam. Allah Ta'ala memerintahkan aku menghapuskan alat-alat muzik dan serunai. Oleh itu tidak harus membeli hambahamba wanita pemain alat-alat tersebut dan tidak harus menjual, mengajar dan meniagakan mereka. Begitu juga, harga mereka adalah haram.”

iv. Diriwayatkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم

* : Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.



v. Dalil Aqli:
· Alat-alat tersebut menghiburkan dan melalaikan daripada zikrullah, solat dan membaca A-Qur’an. Di samping itu berlaku juga pembaziran wang dan masa.
· Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq dan maksiat. Islam melarang meniru cara hidup golongan-golongan ini.
· Kelazatan yang dihasilkan dengan mendengar alat-alat ini boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.

2. Pendapat yang mengharuskan – Mereka yang berpendapat demikian ialah:

1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al-
Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
+ Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
+ Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.

Dalil Mereka
i. Perbuatan sebahagian sahabat mendengar petikan kecapi dan memiliki hamba-hamba wanita pemain kecapi, sebahagian diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian dan Amru bin Al-‘Aas.
ii. Ijmak Ahli Madinah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Thahir Al-Maqdisi. Pendapat ini telah ditentang oleh Ibnu Hajar yang mendakwa ia adalah rekaan dan pendustaan Ibnu Tohir semata-mata.[xi]


Alat-alat Yang Ditiup

Para fuqaha’ di dalam perkara ini terbahagi kepada dua mazhab:
1. Pendapat yang mengharamkannya – mereka yang berpendapat sedemikian ialah:
1. Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.
2. Mazhab Hanafi melainkan Nobat yang digunakan untuk tujuan memberi peringatan @ isyarat (tanbih)
3. Mazhab Maliki, melainkan untuk upacara perkahwinan.
4. Mazhab Syafie dan Hanbali

Dalil Mereka

i. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 6. Ibnu Abbas menafsirkan (lahwul hadith) dengan perkara-perkara yang melalaikan termasuklah alat muzik yang meliputi alat-alat yang ditiup.

ii. Hadith riwayat Nafie’ Maula Abdullah bin Umar[xiii]: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAW di suatu ketika, tiba-tiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”

iii. Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi صلى الله عليه وسلم[xiv]: “... Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.”

iv. Hadith riwayat Aisyah RA bahawa Rasulullah SAWbersabda[xv]: “Dua suara yang dilaknat Allah di dunia dan di akhirat, suara serunai ketika kesenangan dan raungan ketika musibah.”

v. Hadith riwayat Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda[xvi]: “Di hari kiamat kelak Allah SWT berkata: “Di manakah hambahambaKu yang telah membersihkan pendengaran dan penglihatan mereka daripada seruling-seruling syaitan, pisahkan mereka”. Lalu mereka dipisah dan dikumpulkan di dalam haruman kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada para malaikatNya: “Perdengarkan zikir yang mensuci dan mengagungkan Daku. Lalu mereka diperdengarkan suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum itu.” - Riwayat Ad-Dailami.

vi. Dalil Aqli : Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq, maksiat dan peminum-peminum aral. Ia juga biasa menaikkan
syahwat dan nafsu. Lantaran itu ia boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT.

2. Pendapat yang mengharuskannya – mereka yang berpendapat demikian ialah:

1. Ibnu Kinanah daripada fuqaha’ mazhab Maliki yang mengharuskan serunai dan trompet (Al-Bauq) tetapi dengan syarat tidak berlebih-lebihan.
2. Sebahagian ulamak Syafie mengharuskan penggunaanAl-Yara’ – sejenis seruling.
3. Ibnu Thahir, Ibnu Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi, Asy-Syazili At-Tunisi dan Al-Idfawi Asy-Syafie.

Dalil Mereka

1. Hadith yang diriwayatkan oleh Nafie’ Maula Abdullah bin Umar[xvii]: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi صلى الله عليه وسلم suatu ketika, tibatiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.” Hujah mereka, sekiranya mendengar suara serunai haram, sudah tentu Nabi صلى الله عليه وسلم juga akan melarang Ibnu Umar mendengar suara tersebut. Begitu juga Ibnu Umar akan melarang Nafie’ mendengarnya dan melarang peniup serunai daripada terus meniup serunainya. Ini menunjukkan suara serunai tidak haram. Ada pun perbuatan Nabi SAW yang meletakkan kedua jarinya di telinga dan beredar daripada jalan yang dilalui adalah kerana sifat wara’ yang ada pada diri Baginda صلى الله عليه وسلم.

Hujah mereka ini ditolak oleh ulamak-ulamak kumpulan pertama yang mengharamkannya berdasarkan kepada beberapa sebab: Antaranya ialah kerana terdapat perbezaan di antara As-Simaa’ (terdengar tanpa sengaja) dan Al-Istima’ ( mendengar dengan sengaja). As-Simaa’ sebagaimana yang berlaku di dalam hadith di atas tidak membawa kepada dosa kerana ia berlaku tanpa disengajakan.

2. Dalil Aqli : Alat-alat muzik diharamkan bukan kerana ainnya (zatnya) yang haram, malah hukum haram alat-alat tersebut ditentukan oleh niat dan tujuan ia dimainkan. Ini adalah berdasarkan kaedah Al-Umur bimaqasidiha iaitu sesuatu perkara itu adalah berdasarkan tujuannya (niat).

3. Sebahagian ulamak Syafie yang mengharuskan penggunaan al-yara’ – sejenis serunai, menyatakan bahawa tiada dalil yang tsabit mengharamkan penggunaan alat tersebut.


Wallahu A'lam

http://halaqah.net/v10/index.php?PH...61eku15njtuc5&topic=10331.msg121416#msg121416
 
penah nampok ustad Azhar main plucking gitar dengan zizan masa show tahun baru hari tu kat youtube.
 
haram jika melalaikan..
 
Back
Top
Log in Register