BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat implan elak darah beku dicipta

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_07.1.jpg

GAMBAR menunjukkan alat implan Watchman yang digunakan untuk menghalang darah beku. - AFP

WASHINGTON - Sebuah alat implan dicipta firma Amerika Syarikat, Boston Scientific untuk menghalang berlakunya darah beku dalam tubuh manusia, lapor stau kajian.

Alat itu yang dikenali sebagai Watchman itu juga boleh membantu mengelak manusia diserang strok.

Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat tersebut, alat berkenaan berfungsi seperti ubat mencairkan darah.

Kajian itu melibatkan 407 pesakit di 41 buah lokasi berlainan.

Dalam kajian itu, 269 pesakit menggunakan alat berkenaan manakala 138 orang lagi menggunakan ubat mencairkan darah.

Hasil kajian tersebut mendapati, alat tersebut berfungsi sama seperti ubat itu.

Laporan kajian itu didedahkan pada satu persidangan Kolej Kardiologi Amerika.

Menurut syarikat berkenaan, alat berkenaan diluluskan di Eropah pada tahun 2005 dan di beberapa buah negara di Asia pada tahun 2009. - AFP
 
Hm, bagus, satu lagi penemuan sains yang bakal membawa perubahan dalam bidang kedoktoran,
mungkin lepas nie, tak perlu dah bypass bypass urat jantung dah...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
Back
Top
Log in Register