BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat curi Wi-fi

betul tu bro. jadi aku halalkan sapa curi wifi aku. sebab aku rasa 99% dalam cg ni DOWNLOAD movie, lagu, youtube melalui internet. haram jgk tu dok? mcmane tu?:D

ramai sgt nk jadi ustaz dan ustazah yang tak bertauliah dlm ni :eek:..

 
dalam rm50 dah boleh dapat ni
 
tarik la signal MCD ke PIZA HAT ke.. p TARIK SIGNAL jiran sebelah buat ape.. hahahaahha


kesian kawan tu..

signal mcd piza hut dan mapley tak sampai bro..:))

ps; gunalah celcom 1m tanpa rasa bersalah dan risau jiran anda tutup wifi tatkala anda sedang syok berchating di fb..:eek:
 
tak patut..la ..org lain bayar..diorang nie plak rembat..mcm tu jerk
 
alah sng je kalu xnk kene curi,time x pakai tu off la,time g keje ke tutup je.org yg curi ni pon mesti sakit hati gak kan time nak pakai time tu la modem kene off huhu
 
curi secara senyap-senyap. Yang ni susah nak tangkap.
 
aku percaya ramai disini mencuri juga walaupun pakai internet sendiri dan tidak dikongsi atau dicerobohi, adakah anda semua pakai perisian atau lagu-lagu yang benar-benar tulin? anda menyedut satu lagu tanpa dibayar tu sebenarnya dah mencuri, istilah curi sama dan anda mendapat dosa sama sahaja macam orang mencuri WiFi orang lain. Mentang-mentang lagu tu bukan orang islam atau cerita tu bukan dari orang islam, bermakna halal? sama sahaja. Aku percaya tiada siapa yang pakai perisian atau lagu 100% tulen dalam gadjetnya. :))

kalau bab bercakap hak tak fikir hak orang lain bila mengambil sesuatu, bila hak sendiri dicerobohi mula la menghukum orang lain berdosa dan haram, tapi diri sendiri tidak sedar apa yang diri sendiri buat. Anda mencuri dia mencuri, sama sahaja, gelaran kedua-dua pencuri.

Ada yang menggunakan VPN, ada yang guna dummy server guna prepaid nak bypass quota yang ditetapkan telco, menorrent dan mendownload sepanjang hari sehingga berlaku kesesatan data pada pencawang telco, server dan menyusahkan pengguna lain, adakah tindakan itu tidak melibatkan mencuri atau hacking? Ada yang betul-betul lurus, memang hidup sentiasa dihimpit? Hidup di dunia kapitalis ni macam ni la, sentiasa cari usaha demi penjimatan, tetapi peniaga dan pembekal mahu duit kita sepanjang masa, tetapi kita tidak mampu memberi sepanjang masa, tetapi kehendak kira sentiasa terdesak mahukan kepuasan dalam sesuatu penggunaan.

Ada yang bohdoh salahkan peralatan, peralatan tidak salah tetapi altitude pengguna tersebut berusaha untuk mendapatkan kata laluan dengan ilmu yang dipelajari dari internet serta software yang percuma di sedut. Ia sebenarnya untuk menguji security WiFi sendiri tetapi disalah gunakan. Ibarat pengetahuan itu yang memacu seseorang tu, tanpa pengetahuan memang tidak akan berjaya untuk mendapatkan password. Kenapa salahkan penjual? Kamu beli pisau di kedai tetapi pisau tu khusus untuk memotong sayur, tetapi disalah gunakan untuk menikam orang, bila ditangkap, salahkan pisau kerana tajam dan penjual menjualnya. Orang tu ditikam kerana memang ia mahu menikamnya. Kalau pihak berkuasa menghalang penjualan pisau, orang lain nak mengguna pada cara yang betul dihalang dan menyusahkan apabila memerlukan.

Kalau bab penjagaan laptop sendiri dari virus pandai pula upgrade anti virus tiap-tiap tahun, kalau bab alam kereta pandai pula cari terbaik takut kena larikan kereta tu, kalau bab rumah sendiri pandai pula suh pasang grill dan kunci kod dan password serta macam-macam di pintu. Tapi bab nak jaga WiFi sendiri gagal, anggap sahaja kalau WiFi dicerobohi itu anda lemah menjaga WiFi anda, salahkan diri anda kerana sikap tidak ambil tahu, sudah berapa lama dah sistem WiFi dinaik taraf dari wep ke wpa2. Tambah2 boleh lock WPS dengan buat password yang susah ditrack oleh dictionary. Kemajuan sentiasa kedepan tetapi diri sendiri tidak ambil tahu. Teknologi memang tidak mampu dihalang, yang bijak kedepan, yang bohdow jadi makanan. Anda kunci pintu rumah dengan mangga besar jari baby, orang terdesak ceroboh masuk dan tumpang makan habis makanan di dapur serta air anda, anda balik kelaparan. Orang kalau dah tahu cerita sebenar akan ketawakan kenapa anda kunci pintu dengan mangga je, dah la besar jari baby, Sebab diri sendiri lemah, jadi ada yang ambil kesempatan:eek:
 
Back
Top
Log in Register