
)

)

)
Kota Bharu, 3 Mei – Lima individu yang membiayai operasi firma Global Media Channel (GMC) selama ini banyak menikmati konsesi balak dan projek tertentu daripada kerajaan negeri.
seorang Exco Kanan yang didakwa berada di belakang tabir pemberian RM4 juta kepada GMC untuk melakukan fitnah dan pembohongan bagi menjatuh dan mencemarkan imej (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“GMC adalah syarikat perunding media yang ditubuhkan pada asasnya untuk menyebarkan perang saraf bagi memenangi pilihan raya dengar cara propaganda.
“KIta sedar kerajaan negeri banyak menganugerahkan konsesi balak dan projek tertentu kepada syarikat dan individu yang menyalurkan dana kepada GMC itu,” katanya di sini, semalam.
Anuar merujuk pendedahan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abd Aziz, yang menyenaraikan lima pembiaya GMC diketuainya selama tiga tahun bagi mencemarkan imej bekas Perdana Menteri itu untuk memudahkan Pas mempertahankan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Selepas Pilihan Raya Umum 2004, Pas memerintah Kelantan dengan majoriti dua kerusi ke atas Barisan Nasional (BN), sebelum majoriti itu merosot kepada perbezaan satu kerusi.
Anuar turut menempelak Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa bersikap berselindung di sebalik tabir mengenai sumbangan pihak tertentu menyalurkan peruntukan tersebut.
“Rakyat Kelantan berhak mengetahui sumber dana itu kerana kemungkinan wang yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat diguna sewenang-wenangnya bagi melakukan fitnah dan pembohongan.