BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

aLahai tok guru....

agak2 anda MB KELANTAN aware x ttg prkara ini?

  • Total voters
    0
  • Poll closed .

wHispering aLiph

Fun Poster
Messages
493
Joined
Aug 22, 2009
Messages
493
Reaction score
120
Points
23
KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh terus membisu berhubung dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menerima peruntukan RM4 juta daripada Pas Kelantan bagi menjalankan operasi gerak saraf memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa ahli akademik dan tokoh agama berpendapat, penjelasan Nik Abdul Aziz penting bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut selain mengelakkan spekulasi yang hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, sepatutnya kerajaan Pas Kelantan bersedia memberikan jawapan.

''Penjelasan itu perlu disegerakan kerana makin lama dibiarkan maka semakin banyak spekulasi negatif akan timbul.

''Yang penting sekarang Nik Abdul Aziz tidak boleh membiarkan segala dakwaan penulis blog ini begitu sahaja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan rakyat menunggu penjelasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz semalam terus berdiam diri mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat.

Syed Azidi semalam turut mendedahkan nama individu-individu yang memberi peruntukan RM4 juta itu yang turut merangkumi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sementara itu Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Salleh Buang berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan penulis blog itu.

''Maklumat daripada siasatan itu amat penting supaya dapat memberikan penjelasan kepada rakyat yang kini menunggu kesahihan pendedahan penulis blog tersebut.

''Jika Nik Abdul Aziz masih berdiam diri bermakna beliau sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan tertanya-tanya dan terpaksa membuat andaian sendiri yang tidak pasti kebenarannya,'' jelasnya.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, adalah tidak wajar jika Nik Abdul Aziz terus mengambil sikap mendiamkan diri dalam isu yang didakwa oleh Syed Azidi itu.

''Sikap itu menunjukkan beliau seperti ingin lari dari tanggungjawab sedangkan rakyat hendak tahu perkara sebenarnya yang berlaku.

''Ini juga seolah-olah menunjukkan bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh Nik Abdul Aziz,'' ujarnya.

:-? -hmmmmm..misteri,misteri,
 
sepatutnya kickdefella tunjukkan bukti dulu... bukan cerita kosong
 
sepatutnya kickdefella tunjukkan bukti dulu... bukan cerita kosong

aik..
kn bukti sume dh bg kt SPRM?
yg heran knpe tiada sesape yg buat laporn polis mgatakn ia fitnah,pastu saman je lah....:-?

maybe sb bukti kukuh kot...ntah,kasi bincang lah,
 
aik..
kn bukti sume dh bg kt SPRM?
yg heran knpe tiada sesape yg buat laporn polis mgatakn ia fitnah,pastu saman je lah....:-?

maybe sb bukti kukuh kot...ntah,kasi bincang lah,

o baguslah klu camtu
so dalam kes ni klu betul pun... saper yg bagi rasuah dan saper yg menerima rasuah
 
sepatutnya kickdefella tunjukkan bukti dulu... bukan cerita kosong

Betul tu. patutnya si penuduh yang kena bagi bukti dulu. kenapa perlu tok guru bagi penjelasan?

ambik contoh Anwar. dia tuduh kerajaan ada kaitan dengan yahudi, APCO. then meroyan laa puak2 BN minta dia tunjukkan bukti. sebab apa? sebab Anwar penuduh. then Anwar keluarkan bukti2 tersebut. sepatutnya puak2 ni jawab laa tuduhan Anwar ni. Anwar dah keluarkan bukti.

Apa2 pun, aku tetap sokong tok guru. Syed Azidi perlu tunjukkan bukti dulu. bagitau siapa yang bagi 4 juta kt dia.
 
yg heran knpe tiada sesape yg buat laporn polis mgatakn ia fitnah,pastu saman je lah....

maybe sb bukti kukuh kot...:eek:
 
Kickdefella ni berangan nak jadi mcm Mat Kotak (Ezam) yg sekarang dah jadi senator, lps ni dpt Datuk lepas tu dpt jd Chairman GLC, yg penting masyuk selama Bn perintah lepas tu kalau BN kalah, ca alif but. Ezam tu dulu siap sumpah keramat geng dia semua pakai hitam mcm ninja siap beret mcm komando, last2x koman, layu. Al fulus fil dunia wal mampus fil akhirat.
 
saper yg arif pasal cerita ni
kickdefella tu terima rasuah 4 juta kerr?
sepatutnya 4 juta tu kaya dah kan???
mana dia simpan duit tu??

aku tidak dapat rasa rasional disebalik cerita ni
camne korang befikir
 
EN bluedream nie tahu x ttg isu 4juta nie?
xkn xtahu 4j nie dlm bntuk ape...:D

...Kickdefella mengakui menerima peruntukan sejumlah RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain bertujuan menggerakkan satu operasi Gerak Saraf...
 
terlalu samar dan tidak konkrit
boleh dikategorikan sebagai omong kosong
 
Back
Top
Log in Register