BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Sisi minta bantuan Amerika

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
el-Sisi-and-Morsi.jpg



Kaherah: Jen Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Presiden Mohamed Mursi - dan kini bersedia bertanding merebut jawatan berkenaan - semalam meminta Amerika Syarikat (AS) membantunya memerangi ‘keganasan’ bagi mengelak kewujudan ‘Afghanistan baru’ di Timur Tengah.

Dalam temu bual pertamanya dengan organisasi berita antarabangsa menjelang pilihan raya 26 dan 27 Mei ini, Abdel Fattah menggesa AS menyalurkan semula bantuan ketenteraan bernilai AS$1.3 bilion (RM4.2 bilion) yang dibekukan selepas kerajaan Mesir mula mengambil tindakan terhadap Ikhwanul Muslimin.

Dia turut menegaskan pentingnya konflik di Syria diselesaikan - kritikan secara tidak langsung terhadap tindakan AS dan Eropah menyokong pemberontak sejak tiga tahun lalu yang menggalakkan penyertaan lebih ramai pejuang jihad.

“Adakah kamu mahu melihat kewujudan Afghanistan baru?” katanya.

Sehubungan itu, ditanya mengenai pesannya untuk Presiden Barack Obama, Abdel Fattah berkata: “Kita berjuang memerangi keganasan.

“Tentera Mesir sedang melaksanakan operasi besar-besaran di Sinai untuk memastikan ia tidak menjadi pangkalan pengganas yang mampu menggugat jiran kami seterusnya menggugat kestabilan Mesir.

“Jika Mesir tidak stabil, ia mengakibatkan seluruh rantau ini menjadi tidak stabil.


Kami memerlukan sokongan AS untuk memerangi keganasan.

Kami memerlukan peralatan AS,” katanya.


- Reuters

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/ar...erika/Article/index_html#sthash.zRE3Yw7q.dpuf
 
el-Sisi-and-Morsi.jpg



“Tentera Mesir sedang melaksanakan operasi besar-besaran di Sinai untuk memastikan ia tidak menjadi pangkalan pengganas yang mampu menggugat jiran kami seterusnya menggugat kestabilan Mesir.

“Jika Mesir tidak stabil, ia mengakibatkan seluruh rantau ini menjadi tidak stabil.


Kami memerlukan sokongan AS untuk memerangi keganasan.

Kami memerlukan peralatan AS,” katanya.


- Reuters

[/url]



nak jaga jiran punya pasal, sampai mintak bantuan America
 
Mesir ni nanti jadi mcm zaman pemerintahan antartuk kalu berterusan
 
siapa yang start dulu mesir jadi bercelaru.
 
Back
Top
Log in Register