ami.goldenmaya
Active Member
- Messages
- 2,403
- Joined
- Dec 28, 2010
- Messages
- 2,403
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
hutang aku rumah,kereta,pl,asb,ptptn.campur suma dkat 1 juta dah.tu sebb kawan xbrani nak pakai kad kredit.huhu
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
hutang aku rumah,kereta,pl,asb,ptptn.campur suma dkat 1 juta dah.tu sebb kawan xbrani nak pakai kad kredit.huhu
berterus terang lah kan
setiap pagi sebelum pergi keje
aku masak nasi dan goreng ikan. kadang2 goreng telur. aku bawak bekal sekali air teh, aku biasa beli sup kosong kt restoran utk jadikan kuah nasi. aku kene jimat tang makan minum yg penting tank motor kasi penuh sebab nk jumpa customer tanpa halangan.
so itulah bekal aku setiap hari weekday. aku ikat perut la dalam sebulan dua. aku dah biasa dah. bg aku makan xde masalah. boleh hidup lagi. berat badan pun mestila susut skit. hehehe
nanti aku share mcmn aku bayar hutang2 ni. workhard workhard workhard. biar gadai masa sekarang ini utk langsai hutang dan jangan sesekali gadai masa depan pabila tak dapat bayar hutang!

salam
hari ni dapat call Citi Bank
lepas nego Citi beri diskaun. Daripada RM3,000, nego2, wat cite kesian Citi beri kelepasan had bayaran RM1,900. yehoooooo
sape2 nk nego bayaran Citi call 03-23834533.
payment buat sebelum 15hb Mac, jika tak bayaran balik jadi RM3,000.
SALAM SEMUA
Aku tak beberapa pasti thread yang aku buka ini dah ada orang buat ke tidak. Baiklah disini aku nak jadikan thread aku ini sebagai pembakar semamgat kepada CGrian utk MENENTANG HUTANG. Aku tak ajar tip cuma aku nak update setiap kali aku berjaya hapus hutang. Hutang yg aku tulis ni betul bukan reka-reka. Korang juga boleh bagi semangat kat aku.
BERIKUT ADALAH SENARAI HUTANG-HUTANG AKU YANG BAKAL AKU HAPUSKAN PADA TAHUN INI.
INSTITUSI PERBANKAN
1. CIMB PF = RM4,000
2. OCBC PF = RM6,000
3. CITI PF = RM3,000
4. HLB PF = RM5,000
5. UOB PF = RM3,000
PERBADANAN
1.PTPTN = RM13,000
PINJAMAN KENDERAAN
1.AmB HP = RM9,000
2.CIMB HP = RM40,000
HUTANG LAPOK
1. P1 = RM1,500
2. MAXIS = RM2,000
3, STREAMYX = RM2,000
PINJAMAN TANPA FAEDAH
1. AYAH = RM5,000
2. ADEK = RM1,000
LIABILITI
1. ELEKTRIK = RM4,000
2. TM = RM500
3. SKYNET = RM500
JUMLAH = RM 99,500
ROUNDING = RM 100,000
Segala CCRIS & CTOS yg bank bgtau ( ntah ye ntah tidak, sebab officer bank ni main sebut je masa call aku ) juga akan diteliti & dihapuskan. AKU AKAN KEJAR BALIK SEMUA BANK-BANK SEHINGGA DAPAT DISKAUN pembayaran. Sesudah dapat diskaun paling best, baru aku bayar! Sepanjang proses aku menentang hutang dan dealing dengan banker, jika ada tips terbaik, aku akan share.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SAYA BEKERJA SENDIRI DAN TIDAK BOLEH BUAT HUTANG UNTUK BAYAR HUTANG. MAKNANYA SAYA PERLU CARI CASH TO CLOSE ALL DEBT! WORKHARD WORKHARD WORKHARD!
CUMA TAHUN INI AKU PERLUKAN MOTOSIKAL BARU UNTUK GANTIKAN HONDA WAVE 100 AKU. MODAL DIPERLUKAN RM7,000 UTK MOTOSIKAL HONDA WAVE DASH 110CC YANG BARU. Motosikal penting bagi aku untuk kemudahan logistik dan digunakan untuk banyakkan marketing & sales. <---lihat gambar
SEBAGAI TAMBAHAN, Tahun ini juga aku perlu dapatkan RM60,000 untuk rolling bisnes baru sebelum akhir November 2013. Semua sekali RM160,000.00
SEMOGA BERJAYA
p/s aku akan letak beberapa gambar yang berkaitan sepanjang proses penghapusan hutang ini berlangsung.
YA ALLAH YA TUHANKU. PERMUDAHKANLAH URUSANKU AMIN
salam all
wow tak sangka ramai yg sokong aku. TQ. Btw ada beberapa geng CG yg dh share tips. aku pun dah nk start payment.
HUJUNG BULAN NI ( 28 FEB 2013 ) 1 HUTANG AKAN DIHAPUSKAN. Aku dah standby RM2K cuma belum pilih yg mana satu PF akan aku hapuskan. Aku rasa aku nak hapuskan Citi. Nak minta diskaun dulu dgn bank. Moga dapat diskaun RM2K kebawah.
Aku orang sales, so aku bayar hutang guna duit komisen hapuskan hutang piutang ni. So bulan MAC aku target RM1J sales so komisen boleh pegi RM13K. AKU AKAN KERJA KERAS DAN SOLAT DHUHA SEBAIK MUNGKIN.
INSYAALLAH
salam
hari ni dapat call Citi Bank
lepas nego Citi beri diskaun. Daripada RM3,000, nego2, wat cite kesian Citi beri kelepasan had bayaran RM1,900. yehoooooo
sape2 nk nego bayaran Citi call 03-23834533.
payment buat sebelum 15hb Mac, jika tak bayaran balik jadi RM3,000.
berterus terang lah kan
setiap pagi sebelum pergi keje
aku masak nasi dan goreng ikan. kadang2 goreng telur. aku bawak bekal sekali air teh, aku biasa beli sup kosong kt restoran utk jadikan kuah nasi. aku kene jimat tang makan minum yg penting tank motor kasi penuh sebab nk jumpa customer tanpa halangan.
so itulah bekal aku setiap hari weekday. aku ikat perut la dalam sebulan dua. aku dah biasa dah. bg aku makan xde masalah. boleh hidup lagi. berat badan pun mestila susut skit. hehehe
nanti aku share mcmn aku bayar hutang2 ni. workhard workhard workhard. biar gadai masa sekarang ini utk langsai hutang dan jangan sesekali gadai masa depan pabila tak dapat bayar hutang!
pasti boleh sebab TT dah senaraikan hutang TT..dah npk problem baru dpt cari solution//before aku try dptkn cash RM100K dlm masa 1 year..berjaya lebih kurang 65%..dapat wat beberapa settlement hutang..
Tips pertama ~ jgn tambah hutang
Tips Ke2 ~ bykkn pelaburan
Tips Ke3 ~ jimat cermat cth : henpon beribu hengget x yah beli kasi kumpul setel hutang paling sedikit dulu.
Tips ke4 ~ priority kan keperluan then baru kehendak
Tips ke5 ~ kalo ada liabiliti yang boleh dihapuskan dan dapatkan cash sila buat cth : kete (pakai moto jek ler)
Tips ke6 ~ Bykkn doa,Bykkn Usaha,Bykkn Tawakkal.
sekadar cetusan idea dari hamba yang lemah mengharap keredhaan Allah Taala.
sekadar perkongsian dari ustaz zaharuddin
sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.