Aku tertekann...
2001.Berakhir kisah sebagai mat kilang.Aku berhenti kerja kerna termakan pujuk rayu seorang rakan, yang melibatkan diri dalam bidang sales kereta.Pendapatan 3k sebulan tanpa perlu bekerja dalam keadaan panas, berlengging, habuk dan bau ammonia.Aku memang bertekad nak cuba, pasal tu lah aku berhenti kerja kilang,pendapatan lumayan, kerja guna otak jer, profeisional, smart dan berkarisma(itulah alasan berhenti kilang,yang aku bagitahu kat bapak aku)
Yang aku tak bagi tahu bapak aku ialah aku berhenti sebelum diberhentikan gara-gara membuat aksi drift dalam kilang menggunakan fork lift.Siap terangkat dua2 tayar sebelah kanan..(aku tipu jer jangan caye) sebenarnya begini ceritannya...
6.30am.Aku bekerja shift malam, kira2 sejam setengah lagi dah nak balik, oleh kerana turn aku tidur tadi( biasalah stolebone) terlebih time so banyak lah glove2 yang nak dihantarke QC.aku pun ambik sati palet guna fork lift.
Bilik Qc pulak agak besar, dinding diperbuat dari papan yang berkaler putih yang biasa kita tengok kat ofis tue, cuma 2 orang aweks jer kerja bila shift malam, siap ada cctv yang disambung terus ke rumah bos, menurut supervisor, jadi kalau ader berlaku aktiviti yang tak sihat dlam bilik tu siap lah budak2 QC( bos pun tidur agaknyer)walaupun masa tu status aku sebagai penunggang motor 125 ni boleh la dikatakan ader saham,aweks Qc yang sorang ni tak pernah kot menyedari kehadiran aku sebagai bakal pakwe yang berpotensi.Takper aku kan tarik perhatian dier secara berperingkat-peringkat dimulakan dengan fasa1.
Fasa 1.Gunakan kelebihan anda
Dengan menggunakan kepakaran amatur sebagai pemandu forklift aku pun mengangkut glove2 ke Qc.Tah ape sangat lah riak aku pagi tu nak menunjuk punyer pasal aku masuk dengan forklift2 tu sekali dalam QC yang ngam2 jer
tinggi ngan forklift tu.lepas punggah aku pu bersiap sedia nak keluar.Awek2 duarang tu haram tak pandang pun,sia2 jer tindakan aku ni.
Fasa 2.Jangan Gabra
sewaktu aku bergerak melalui pintu Qc yang sempit tu aku rasa macam ader bunyik kreeek, kreek.Dalam hati aku bunyi aper tu? Bila aku pandang atas jer, ya rabbi berderau darah aku,batang fork lift tadi dah tersangkut kat dinding atas pintu tu.Aku pun cepat2 lah tekan brek!Macam macam boleh jadi kalau kira gabra.Aku terpijak pedal minyak yang lebar tu.
Fasa 3.Hanya orang gila jer yang tak gabra dalam situasi ni.
Dinding sebelah kiri kanan terkopak, syiling2 tercabut jatuh tanggal, 2 pintu bergelas tertanggal.Bilik sebesar kira2 20 x 30 kaki tadi hancus!!
Fasa 4.Bila kali terakhir perut anda berasa tersangat kecut.
Pagi jam 8am, budak2 shift pagi baru datang kerja, seme berkerumun ditempat kejadian macam ader pesta plak.Manager aku geleng kepala tak cakap sepatah pun.super aku cakap, bersiap sedialah untuk cari kerja lain.Ish ye ker tokey nak buang aku sebab benda ni, alamak.Kerugian ditafsir tak banyak cuma RM4000 jer.
Walaupun begitu dahsyat petaka tu, jauh disudut hati terselit perasaan bangga sebab sekurang2 nya aku dah menarik perhatian awek Qc tadi,name aku pun dah disebut2, Zul Line leader, budak yang jahanam kan Qc.wak jebeng yang sorang ni cakap 5 tahun kat Malaysia ini first time tengok kejadian hebat ni, orang yang buat ni pasti berani. Ha ah wak berani tengkorak kau.
Aku tertekan..
Hidup tanpa matlamat.
Bermula lah aku sebagai salesman kereta, dengan basic 3rat.Lagi bagus tak payah aku mencium bau ammonia yang macam air kencing kat kilang tu.
Zul, saya dapat lihat potensi yang hebat dalam diri awak untuk menjadi salesman yang bagus.Saya akan bimbing awak,itulah kata2 perangsang dari bos baru aku cik Jamal.anggaplah company ni macam awak punya zul, saya akan fokus pada awak dan train awak habis2.Aku rase betul lah cakap die nak fokus kat aku, selain aku cuma ader seorang clerk dan drebar die jer kat company die ni.awak boleh dapat income 2,3 ribu sebulan senang2 jer Zul.
wow, 2,3 ribu sebulan? banyak tu, maka aku pun bersemangat bekobar2 tak nak pandang belakang lagi.Walaupun bapak aku macam tak berkenan aku kerja kat situ aku tetap nak mencuba.takut takterbayar moto tu kang.ramai gak sedara aku yang suruh pi belajar balik, tapi aku cakap aku boleh dapat lagi banyak kat sini buat aper nak masuk uni plak.
Aderla seorang cikgu kat kg aku ni, dia ni memang prihatin, macam wakil rakyat la.Orang kuat sebuah parti politik.Aku tak nak bagi tahu aper dier.
Mahasiswa kan dilarang terlibat dengan politik ni.Cuma lambang dia ader dacing,bendera keris.Ha ha korang carik lah sendiri parti ape.
UMNO la.Rileks ar aku bukan mahasiswapun.So, cikgu Latif ni jumpa aku satu petang.Dia nasihat kat aku supaya mintak borang guru, masuk maktab.
Aku pun macam tersedar gak la, aku janji ngan die borang keluar, hari tu gak aku pi ambik.
sok upenyer borang kuar,patutpun dier jumpa aku.Aku x pi pun.Kalau aku jual 2 biji keta jer bulan ni dah 1ribu komisyen tu belum 10 biji lagi, hai nak suruh aku jadi cikgu, no no jual keta lagi banyak duit.Cikgu Latif ni tak belajar math ker?
Tapi buat permulaan bulan pertama aku target tak banyak dalam 7 biji keta je.
Mungkin pas 3 bulan aku jual la 20 biji, wow kayer aku.
3 bulan berlalu bukan kate 7 biji, sebiji pun takder.Yang datang showroom pun tak sampai 10 orang, sekor pun tak nak.Dah tu kalau aku layan diorang buat muka eksyen jer.Kalu clerk tu yang layan mak ai bukan main lagi, awek la kater kan.Motor aku dah sangkut ni.Mampus aku.Jual keta bukan macam jual nasi lemak bang, kena banyak contact.Bos suruh aku kuar cari prospek,
Memang la aku kuar cari prospek.Rajin betul aku kuar hari2.Biasenyer aku cari prospek kat surau2 dan masjid, sebab boleh tidur.Aku pun tak tau lah kenaper lah aku gabra sangat bila bercakap dengan orang, aku jadi takut.Tak boleh jadi ni, aku tak boleh buat kerja ni.